Adat Resam Orang Melayu Sarawak.
|
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
|
Title :
Adat Resam Orang Melayu Sarawak. |
|
Author :
Raslie Saharan |
|
Abstract:
Kedudukan maritim gugusan Kepulauan Melayu mendedahkan ia kepada pengaruh asing yang berterusan dan berbagaizaman berzaman. Pengaruh Hindu-Buddha membawa ia dari alam animis menggerunkan alam semula jadi ke alam Kehidupan sosio-politik beraja jelmaan Tuhan sehingga terbentuklah Empayer Melayu Sriwijaya dan Majapahit. Ternyata kemudian kedudukan maritimnya yang strategik di antara dunia timur dan barat ditambah dengan kekayaan basil taninya (rempah dll.) menimbul ghairah pedagang-pedagang asing untuk berurus dengan Kerajaan-kerajaan Melayu. Ikatan di antara pedagang Arab Parsi India itu dengan Kerajaan Melayu itu menjadi akrab, sehingga Islam diterima tanpa paksa dan berdirilah Kesultanan Melayu Melaka, Acheh, Brunei, Champa, Mataram, Bantan dan lain-lain. Perseteruan barat dengan segala yang Islam bukan sahaja menimbul keghairhannya untuk merampas kekuasaan Kesultanan Melayu, malah menjajah dan cuba mencabut akar seluruh sendi kehidupan masyarakat yang terdiri sesudah Islam. Sejarah inilah mempengaruhi kehidupan budaya dan adat masyarakat kepulauan Melayu — budaya Hindu — Buddha, India, Islam dan budaya Hellenistik Greek-Romawi Barat. Namun yang terpenting dan menentukan budaya dan adat Melayu itu ialah Islam.
|
| DOI: XXXX |
|
How to cite:
Raslie Saharan. (1989). Adat Resam Orang Melayu Sarawak. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 45-62 |
|
References
|
