Dasar Politik Pembangunan untuk Menjayakan Wawasan 2020 Masyarakat Melayu.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Dasar Politik Pembangunan untuk Menjayakan Wawasan 2020 Masyarakat Melayu. |
Author :
Abang Haji Abdul Rauf Abang Haji Zen |
Abstract:
Di Simposium Budaya Sarawak II, tajuk kertas kerja berkaitan dengan “Dasar Politik Pembangunan” hanya dikemukakan di dalam Seminar Budaya Melayu II dan tidak didapati di Seminar Budaya etnik lain yang telah dan akan diadakan di beberapa tempat di Sarawak. Walau bagaimanapun penulis telah merujuk kepada Dasar Politik Pembangunan ini di dalam kertas kerja “Planning for Wawasan 2020” yang dibentangkan di Seminar Budaya Induk pada 13 Mei 1993. Di Seminar Persatuan Sejarah pada 19 Mei 1993 penulis telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Dasar Politik Pembangunan Sarawak” dan kertas kerja ini (dengan sedikit tambahan) yang menjadi rujukan asas adalah di dalam Lampiran A. Penulis memohon persetujuan Jawatankuasa Seminar Budaya Melayu II untuk mengubah tajuk ini kepada “Dasar Politik Pembangunan Untuk Menjayakan Wawasan 2020 Masyarakat Melayu”. Seperti yang telah ditekankan di dalam kertas kerja tidak ada percanggahan di antara Wawasan 2020 dengan Politik Pembangunan.
|
DOI: XXXX |
How to cite:
Abang Haji Abdul Rauf Abang Haji Zen. (1997). Dasar Politik Pembangunan untuk Menjayakan Wawasan 2020 Masyarakat Melayu. The Sarawak Museum Journal, XLVII (68): 145-233 |
References
|