Pembinaan Kebudayaan Kebangsaan: Sumbangan Masyarakatmasyarakat Sarawak.


 

THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL
VOL XLVII NO.68 DECEMBER 1994

 
 
Title : 
Pembinaan Kebudayaan Kebangsaan: Sumbangan Masyarakatmasyarakat Sarawak.

Author : 
Zainal Kling dan Norazit Selat

Abstract:
Pada berbagai tahap persepsi, kebudayaan kebangsaan Malaysia amnya dan kebudayaan sukuan Sarawak khususnya, dapat ditanggap sebagai suatu continuum antara kesatuan dan kepelbagaian. Pada tahap negara dan masyarakat dalaman terdapat tanggapan perbezaan dan kepelbagaian antara budayabudaya dalam negara sehingga melahirkan kerencaman dalam kewujudan budaya-budaya ini. Masing-masing budaya menganggap dirinya berbeza dari budaya lain, sehingga setiap anggota masyarakatnya memandang anggota masyarakat lain sebagai orang asing yang tinggal bersama dalam sebuah negara. Tanggapan subjektif seperti ini membenarkan orang luar menggambarkan suasana kebudayaan Malaysia sebagai budaya majmuk atau plural. Dalam pada itu, terdapat pula tanggapan objektif dari sudut ilmu sosial dan kajian wilayah yang melihat betapa kepelbagaian budaya ini adalah sebenarnya hanya satu kelainan (variation) - kelainan yang telan muncul di sepanjang sejarah sebuah budaya serumpun yang dinamakan rumpun budaya Melayu. Kerana sejarah perkembangannya yang. berlainan, maka terdapat pelbagai ciri-ciri kesamaan, di samping adanya ciri-ciri perbezaan pada berbagai budaya itu. Terdapat, misalnya,unsur-unsur struktur asasi bahasa yang sama, terutama pada prinsip struktur morfologi dan sintaksis, malah pada sejumlah kosakata asasi yang menandakan pelbagai bahasa itu adalah asalnya satu rumpun Melayu. Kerana bahasa adalah asas kebudayaan maka sekaligus juga kebudayaan mereka adalah dari satu rumpun. Dengan demikian juga kumpulan budaya serumpun ini membentuk satu wilayah budaya yang dapat dinamakan sebagai Wilayah Budaya Melayu. Dari sudut pandangan ini, budaya-budaya Malaysia yang pelbagai itu adalah pada tahap gagasan objektif merupakan sebuah wilayah budaya yang sama. Maka terdapat satu kesatuan kebudayaan dalam kepelbagaiannya.

DOI:
XXXX


How to cite:
Kling, Z & Selat, N. (1994). Pembinaan Kebudayaan Kebangsaan: Sumbangan Masyarakatmasyarakat Sarawak. The Sarawak Museum Journal, XLVII (68): 101-112

References

 

 

 
 

Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 01 Sep 2026

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement