Adat Bertunang dan Perkahwinan Suku Kaum Melanau Liko (Pagan) di Mukah dan Dalat.
|
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
|
Title :
Adat Bertunang dan Perkahwinan Suku Kaum Melanau Liko (Pagan) di Mukah dan Dalat. |
|
Author :
Michael Toyad |
|
Abstract:
Suku Kaum Melanau merupakan salah satu daripada kaum bumiputera yang terdapat di Sarawak. Mengikut band 1980, didapati kawasan yang menjadi tumpuan orang Melanau ialah di Bahagian Ketiga, Keempat dan Keenam. Tempat-tempat yang menjadi tumpuan ialah di Batang Rejang, Oya, Igan, Mukah, Balingian dan Kemena. Secara khusus terdapat seramai 11,585 orang Melanau di Mukah, daripada sejumlah 33,025 penduduk kesemuanya. Daripada analisis didapati juga Mukah adalah kawasan yang mempunyai jumlah orang Melanau yang kedua besarnya sesudah Matu/Daro dengan penduduk Melanau seramai 14,542 orang. Di Mukah seperti di tempat-tempat lain di Sarawak, kaum Melanau dapat dikategorikan kepada tiga kumpulan utama. Pembahagian ini dibuat berdasarkan kepercayaan agama. Golongan tersebut ialah Melanau Islam, Melanau Kristian dan Melanau Liko (Pagan). Golongan Melanau Like sering juga dikenali sebagai A Liko (Pagan). Bagaimanapun, mereka tetap dapat hidup dalam harmonis dan saling menghormati kepercayaan masing-masing. Pada penempatan ketiga-tiga golongan tersebut di Mukah adalah satu gejala yang menarik untuk diberi perhatian.
|
| DOI: XXXX |
|
How to cite:
Toyad, M. (1989). Adat Bertunang dan Perkahwinan Suku Kaum Melanau Liko (Pagan) di Mukah dan Dalat. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 357-362 |
|
References
|
