Kebudayaan Kebendaan Etnik Melanau: Penerokaan Pengeksploitasian ke Arab Pewujudan Aktiviti Ekonomi dan Pengekalan Tradisi Benda.


 

THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL
VOL XL NO.61 DECEMBER 1989

 
 
Title : 
Kebudayaan Kebendaan Etnik Melanau: Penerokaan Pengeksploitasian ke Arab Pewujudan Aktiviti Ekonomi dan Pengekalan Tradisi Benda.

Author : 
Bedui Une

Abstract:
Kertas kerja kecil ini tidak akan menggariskan butiran-butiran mengenai kebudayaan kebendaan etnik Melanau secara eksplisit mengikut tatacara disiplin sains sosial. la tidak juga boleh dianggap sebagai usaha untuk mendokumentasikan intipati aspek budaya yang berkenaan sebagaimana yang diharapkan dari catatan-catatan kajian yang bersifat etnografik. Sebaliknya, kertas kerja ini cuba menggetis kita semua untuk memikirkan secara serius kemungkinan-kemungkinan ianya dijelajahi. Jika kita berjaya menghasilkan sesuatu daripadanya kita tidak hanya berhasil mempertonjolkan aspek-aspek kebudayaan kebendaan komuniti Melanau, tetapi turut mengukuhkan tradisi budaya benda yang mempunyai potensi besar untuk dieksploitasi. Sekaitan dengan tujuan di atas, kita amat menaruh harapan agar kepekaan komuniti Melanau tertanam subur untuk nantinya membuahkan sesuatu yang konstruktif. Justeru itu, kita amat memerlukan kajian-kajian yang terperinci mengenai segala aspek budaya etnik Melanau secara total dan mendalam. Memang terdapat kajian-kajian mengenai komuniti Melanau yang telah dilaku serta didokumentasikan tetapi sayangnya kebanyakan kajian itu tertumpu di satu-satu lokaliti tertentu sahaja. Realitinya penempatan geografikal Melanau ini meliputi satu kawasan yang luas, terutamanya kawasan persisiran dari Kuala Rajang, Bahagian Sarikei hingga ke Miri, Bahagian Miri Sarawak. Maka, oleh sebab itu, kita pada hakikatnya masih ketandusan kajian terperinci yang menyeluruh. Kita juga memerlukan kajian penyelidikan silang budaya sub-etnik Melanau untuk nantinya dapat memberi gambaran kasar budaya masyarakat Melanau di Sarawak.

DOI:
XXXX


How to cite:
Une, B. (1989). Kebudayaan Kebendaan Etnik Melanau: Penerokaan Pengeksploitasian ke Arab Pewujudan Aktiviti Ekonomi dan Pengekalan Tradisi Benda. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 225-230

References

 

 

 
 

Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 01 Sep 2026

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement