Organisasi Sosial Melanau.


 

THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL
VOL XL NO.61 DECEMBER 1989

 
 
Title : 
Organisasi Sosial Melanau.

Author : 
Yasir Abdul Rahman

Abstract:
Sebagai langkah pertama sebelum melangsungkan perbincangan tentang organisasi sosial Melanau, saya rasa elok sekiranya kita menakrifkan istilah ‘organisasi sosial’ supaya kita bersefahaman tentang pengertiannya dalam konteks kertas keija ini. Kalau dilihat dari segi para sosiologi istilah ini lebih bermaksud cara-cara dan pengawalan interaksi atau perhubungan antara individu-individu mahupun kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat sejajar dengan matlamat, kebajikan dan keadaan sekelilingnya. Manusia, sebagai satu ‘social animal’ (iaitu tidak suka duduk terpencil dan memerlukan pergaulan sesama sendiri) mengujudkan perhubungan-perhubungan sosial tertentu supaya dapat menyatukan kemahuan-kemahuan individu dengan kepentingan masyarakat pada keseluruhannya. Organisasi sosial adlah penghuraian fenomena ini. Matlamatnya adalah supaya masyarakat itu boleh berfungsi secara berkesan terhadap keadaan sekeliling dan dapat mengekalkan kesatuannya. Saya ingin menggunakan pengertian organisasi sosial yang agak luas, untuk menghuraikan tentang aspek-aspek penghidupan sosial dalam masyarakat Melanau, yang saya rasa penting untuk memahami organisasi sosial suku kaum ini. Pada permulaannya kita harus meneliti serba sedikit tentang sejarah sosio-budaya Melanau, kerana perkembangan-perkembangan pada masa lampau sudah tentunya mempunyai kesan-kesan pada generasi-generasi yang menyusuli kemudian. Bagi kaum ini boleh disimpul dari sejarahnya bahawa begitu banyak perubahan telah berlaku pada perwatakan sosio-budayanya.

DOI:
XXXX


How to cite:
Yasir Abdul Rahman. (1989). Organisasi Sosial Melanau. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 199-208/span>

References

 

 

 
 

Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 01 Sep 2026

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement