Dialek Melayu Sarawak dalam Arus Perkembangan Bahasa-bahasa di Nusantara.
|
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
|
Title :
Dialek Melayu Sarawak dalam Arus Perkembangan Bahasa-bahasa di Nusantara. |
|
Author :
Madzhi Haji Johari |
|
Abstract:
BAHASA adalah salah satu aspek untuk menggambarkan seni dan budaya sesuatu bangsa. Menerusi bahasa juga perkembangan tamadun sesuatu bangsa itu boleh dinilai serta dimanfaatkan oleh generasinya sendiri terutama dalam usaha bangsa itu mencari identitinya. Dialek Melayu Sarawak adalah salah satu antara beribu-ribu dialek bahasa Melayu yang terdapat di Nusantara ini. Bahasa Melayu telah diakui oleh para sarjana bahasa sebagai salah satu bahasa yang terpenting di rantau ini. Kerajaan Melayu zaman lampau telah menguasai daerah Nusantara ini bukan saja dalam bidang perdagangan tetapi juga dalam bidang politik dan pada masa yang sama bahasa Melayu menjadi lingua franca bagi penduduk-penduduk rantau ini. Tidak hairanlah jikalau Nusantara ini dianggap sebagai rantau bagi bangsa dan bahasa Melayu iaitu tempat berkembang dan suburnya bahasa Melayu hingga ke hari ini. Dalam keadaan inilah dialek Melayu Sarawak akan dapat memberi kita sedikit sebanyak gambaran akan hubungan kita dengan bangsa-bangsa lain di Nusantara, yang sama dalam satu rumpun keluarga yang besar — rumpun bangsa Melayu yang berbahasa Melayu.
|
| DOI: XXXX |
|
How to cite:
Madzhi Haji Johari. (1989). Dialek Melayu Sarawak dalam Arus Perkembangan Bahasa-bahasa di Nusantara. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 107-120 |
|
References
|
