Bersalin: Beberapa Adat, Petua dan Pantang Larang Orang Melayu Sarawak.
|
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
|
Title :
Bersalin: Beberapa Adat, Petua dan Pantang Larang Orang Melayu Sarawak. |
|
Author :
Latifah Haji Shebli |
|
Abstract:
Bismillahhirrahmanirrahhim. Dengannama Allah yang maha pengasih dan maha penyayang, maka bermulalah kehidupan dari perkahwinan. Lazimnya daripada perkahwinan itu, adanya kesujudan kita waris-berwaris dan adat-beradat. Sama ada ia merupakan adat budaya asal usul tempatan atau sedikit sebanyaknya dipengaruhi oleh kedatangan orang-orang Sambas dan Riau; yang nyata ia telah menjadi warisan budaya Sarawak turun-temurun. Seperti budaya orang Dayak, dalam segi perubatan setelah bersalin, terdapat juga persamaannya dengan ciri-ciri budaya orang Melayu setelah bersalin. Orang Dayak menggunakan lengkuas, halia, tepus dan pelbagai lagi jenis tumbuh-tumbuhan yang sejenis dalam perubatannya; begitu juga orang-orang Melayu. Barangkali, kerana keadaan kesuburan tanah Sarawak itu sendiri; maka berbagai-bagai jenis tumbuh-tumbuhan terdapat di merata-rata tempat di negeri Sarawak. Justeru itu, terdapatnya kesamaan dalam beberapa budaya perubatan.
|
| DOI: XXXX |
|
How to cite:
Latifah Haji Shebli. (1989). Bersalin: Beberapa Adat, Petua dan Pantang Larang Orang Melayu Sarawak. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 75-86 |
|
References
|
