Ciri-ciri Pendidikan dalam Tradisi Lisan/Budaya Melayu Sarawak.
|
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
|
Title :
Ciri-ciri Pendidikan dalam Tradisi Lisan/Budaya Melayu Sarawak. |
|
Author :
Salbiah Mohd. Painah |
|
Abstract:
Bismillahhirrahmanirrahhim Hari Raya Sembahyang Raya, Raja berangkat dari Istana; Apa daya dengan upaya, Tiada rotan akar diguna. Hilang baju kerana tapih, Hilang jeraya di simpang tiga; Hilang malu kerana kasih, Boleh tak boleh dicuba juga Kalau tuan pergi ke dusun, Ambilkan saya buah berangan; Kalau tak kena rangkap disusun, Lepas seminar dikeji jangan. Demikian tiga rangkap pantun bagi menggambarkan keikhlasan penulis dalam memberi sumbangan ke arah menjayakan seminar ini, walaupun menyedari akan keterbatasan pengalaman dan kebolehan peribadi. Apa yang akan penulis bentangkan adalah sangat terhad. la dikutip daripada pengalaman sendiri dan daripada temubual dengan orang-orang tua yang berumur 60 tahun ke atas yang masih ada di sekitar bandar Kuching ini sahaja. Sokongan dan sumbangan daripada para peserta sangat diharapkan bagi melengkapkan lagi kertas yang pendek dan serba kekurangan ini. Oleh kerana penulis seorang pendidik, maka minat pembicaraan kertas ini tertumpu kepada pendidikan yang diturunkan secara berterusan daripada moyang ke cicit oleh pendidikan tidak formal dalam masyarakat Melayu, iaitu kerana pendidikan ini dibuat secara lisan dan tidak pernah dituliskan, maka jadilah ia satu tradisi lisan orang Melayu Sarawak.
|
| DOI: XXXX |
|
How to cite:
Salbiah Mohd. Painah. (1989). Ciri-ciri Pendidikan dalam Tradisi Lisan/Budaya Melayu Sarawak. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 63-74 |
|
References
|
