Budaya yang Dirancangkan untuk Pelancongan.


 

THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL
VOL XL NO.61 DECEMBER 1989

 
 
Title : 
Budaya yang Dirancangkan untuk Pelancongan.

Author : 
Arshad bin Abdul Rahman

Abstract:
Kebudayaan sebagai suatu kata atau sebagai satu konsep, mempunyai erti dan tafsiran yang luas, membezakan tradisi dan warisan pelbagai masyarakat, mengingatkan pula bahawa kebudayaan bagi sesuatu masyarakat itu mempunyai garis-garis perbezaan tertentu. Ahli-ahli sosiologi dengan definasinya masing-masing mengikut aliran pemikiran yang menjadi anutan dan pegangan masing-masing sehingga makna atau definasi yang boleh disepakati bersama hampir sukar dicapai persetujuannya. Walau bagaimanapunsecara umum dapatlah dikatakan bahawa kebudayaan itu addah “cara hidup” atau '‘the way of life.” Pengertian itu mempunyai mang lingkup malma yang sangat luas, meliputisemua bidang kehidupan sosial, ekonomi dan politik. Persoalan kebudayaan di Malaysia adalah berkaitrapat dengan persoalan keperibadian negara Malaysia, yang tidak boleh kita samakan dengan bentuk rupa dan wajah negara-negara lain di dunia. Dipandang dari sudut ilmu alam, Malaysia merupakan suatu daerah yang bukan sifatnya memiliki rupa dan wajah keserantauan bersama Jepun, Korea atau China, di timur apatah lagi bersama dengan Greece, Itali atau Sepanyol, di Eropah ataupun berkongsi dengan Asia Selatan bersama India, Pakistan atau Bangladesh. Apa yang jelas tertonjol di kalangan negara-negara itu, menjadi bukti nyata yang tidak dapat disanggah lagi bahawa mereka masih terus berusaha mengekalkan keperibadian masing-masing samada secara sedar ataupun tidak. Faktor alam, keadaan dan masa banyak mempengaruhi keperibadian bangsa dan negara yang menjadi peransang untuk membawa perubahan kepada kebudayaan meldui pelbagai perkembangan terutama bersama sitem politik, ekonomi dan sosial. Menyedari hakikat itu, Malaysia haruslah bergerak pantas, membuat strategi bagi membina kepimpinan budaya dengan memantapkan keperibadiannya sendiri, meskipun mempunyaiunsur-unsur persamaan dengan negara-negara anggota serantau yang lain.

DOI:
XXXX


How to cite:
Arshad bin Abdul Rahman. (1989). Budaya yang Dirancangkan untuk Pelancongan. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 271-278

References

 

 

 
 

Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 12 Aug 2026

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement