Undang-undang Adat: Melayu Islam Sarawak.
|
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
|
Title :
Undang-undang Adat: Melayu Islam Sarawak. |
|
Author :
Dona Babel |
|
Abstract:
Dokuman pertama yang ditemui yang bertulis mengenai peraturan ‘adat’ Melayu ialah Undangundang Mahkamah Melayu Sarawak yang mula diperkenalkan dalam bentuk lengkapnya pada tahun 1915.1 Sebelum ini memang sudah terdapat bahagian-bahagian peraturan diluluskan dalam Supreme Council mungkin mengikut keadaan dan masalah semasa. Misalnya pada mesyuarat Supreme Council pada 15 Disember 19102 di Astana satu “undang-undang Datu-Datu dalam Balai Kuching” dalam 4 fasal diluluskan. Draf undang-undang ini telah diusahakan oleh ketua-ketua masyarakat Melayu yang menjadi ahli Supreme Council tersebut. Mereka ini termasuk: Datu‘ Bandar - Abang Mohamad Kasim Datu’ Temenggong - Haji Mohamed Ali Datu’ Hakim - Haji Azhari Datu’ Imam - Haji Marais (1910) (Haji Ahmat Rais) (1915)3 Tua Kampung Gersik - Encik Mohamad Zin Dari segi asalnya undang-undang Mahkamah Melayu Sarawak yang mempunyai 67 fasal, merupakan usaha untuk mencuba menyelaraskan (regulate) sistem dan peraturan ‘adat’ yang diamalkan oleh masyarakat Melayu. Dari segi bentuknya dokumen ini adalah merupakan satu senarai peraturan dan hukuman serta denda yang dikepakan ke atas seseorang atau kumpulan yang melanggar “hukum adat”.
|
| DOI: XXXX |
|
How to cite:
Babel, D. (1989). Undang-undang Adat: Melayu Islam Sarawak. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 255-270 |
|
References
|
