Identiti Etnik dan Aspirasi.
|
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
|
Title :
Identiti Etnik dan Aspirasi. |
|
Author :
Abdul Rahman Al-Ahmadi |
|
Abstract:
Berbicara mengenai identiti etnik dan aspirasi saya lebih dahulu ingin menoleh kebelakang pada sejarah dan geografi Sarawak. Sarawak adalah sebuah negeri dalam pulau Borneo dan sebagaimana diketahui pulau Borneo termasuk salah satu pulau terbesar di dunia. Sejakzaman dahulu dalam sastera klasik India, ada disebut pulau Waruna dan kalau dicari erti Waruna itu ialah nama seorang Dewa Angin. Dari nama ini dapatlah kita tanggap bahawa pulau Borneo sudahpun tercatat dalam sastera klasik dunia. Selain daripada itu dari segi geografi, pulau Borneo yang sejak zaman pleistocen bersatu dengan daratan Asia Tenggara, Sarawak dan Sabah bersambung dengan Filipina dan Formosa terus ke utara dan benua Asia, begitu pula Sulawesi melalui Minahasa, pulau Sangir ke Filipina. Antara Jawa Timur dan Sulawesi Selatan ada hubungan melalui Nusa Tenggara yang pulau-pulaunya bersambungan sampai ke Pulau Timor, Sungai Musi, Batanghari dan Kapuas bertemu di antara Sumatra dan Borneo dan bersama-sama mengalirkan airnya ke Lautan China Selatan yang mempunyai teluk di dekat kepulauan Natuna sekarang (inilah sebabnya maka sampai kini ikan di ketiga sungai tersebut itu sejenis). Sungai Solo dan Sungai Brantas membawa airnya ke laut Jawa sebelah utara Sumbawa. Kerana itu tidak aneh flora dan fauna di Borneo ada persamaan dengan flora dan fauna di dataran Asia Tenggara. Sejak zaman pra-sejarah lagi, pulau Borneo berhubung rapat dengan pra-sejarah Asia Tenggara lain. Gua Niah menjadi bukti yang kukuh tentang penempatan manusia purba di zaman pra-sejarah itu.
|
| DOI: XXXX |
|
How to cite:
Abdul Rahman Al-Ahmadi. (1989). Identiti Etnik dan Aspirasi. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 27-34 |
|
References
|
