Kebudayaan Melayu Sarawak.
|
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
|
Title :
Kebudayaan Melayu Sarawak. |
|
Author :
Zainal Kling. |
|
Abstract:
Kertas ini akan membincangkan beberapa aspek dari persoalan yang berkait dengan orang Melayu Sarawak seluruhnya dengan tumpuan khas terhadap aspek berikut: a. sebaran penduduk dan ekologi, b. sejarah, c. sistem kepimpinan, d. sistem ekonomi, e. sistem sosial f. sistem agama g. sistem nilai Segala aspek ini bukanlah keseluruhan dari corak hidup atau kebudayaan Melayu Sarawak. Banyak lagi bidang yang mesti dikaji dan diteliti untuk mencapai taraf pengetahuan lengkap apalagi untuk mencapai taraf yang terperinci. Dalam ruang yang terbatas dan waktu yang terhad tumpuan diberikan kepada aspek yang unggul serta utama dari segi perkembangan dan pembangunan manusia masakini. Matlamat utama kertas ini ialah untuk mengemukakan aspek-aspek masyarakat dan budaya yang dapat menjadiasas perkembangan selanjutnya masyarakat Melayu dan negeri Sarawak seluruhnya, Untuk maksud itu maka perlu diperhatikan bukan sekadar ciri-ciri kemasyarakatan dan kebudayaan yang sedia ada bahkan lebih utama ialah sejauh mana ciri-ciri itu dapat digembeling sebagai asas dan dorongan untuk kemajuan selanjutnya. Dengan demikian maka perlu pula dilihat persoalan masyarakat dan mendekati masalah itu dengan matlamat untuk mencari daya dan tenaga
|
| DOI: XXXX |
|
How to cite:
Zainal Kling. (1989). Kebudayaan Melayu Sarawak. The Sarawak Museum Journal, XL (61): 1-44 |
|
References
|
