Sumbangan Budaya Etnik Dalam Pembangunan Masyarakat Melayu.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Sumbangan Budaya Etnik Dalam Pembangunan Masyarakat Melayu. |
Author :
Haji Julaihi Haji Bujang |
Abstract:
Umum diterima bahawa Sarawak khususnya mempunyai penduduk dari pelbagai kumpulan etnik ataupun kelompok sukuan yang berbeza dari segi ciri-ciri sosio-budaya. Kelainan daerah dan alam sekitar telah melahirkan kelainan dalam perkembangan kebudayaan, organisasi sosial dan tata perlakuan manusia yang menganggotai komuniti yang berkenaan. Namun demikian terdapat juga pandangan bahawa kepelbagaian budaya itu hanyalah satu ‘variation’ (Zainal Kling & Norazit Selat, 1993). Dalam konteks Sarawak, kelainan budaya kumpulan etnik bumiputera yang disebabkan sejarah perkembangan yang berlainan sebenarnya masih terangkum dalam budaya serumpun yang dikenali sebagai rumpun budaya Melayu. Malah dari segi bahasa pula, terdapat banyak persamaan dalam ciri-ciri asas sehinggakan ahli-ahli linguistik menghimpunkan bahasa-bahasa bumiputera di Sarawak ke dalam rumpun Austronesia - ada pertalian kekeluargaan antara bahasa-bahasa bumiputera dan antara bahasa bumiputera dengan bahasa Melayu (Samah, 1993).
|
DOI: XXXX |
How to cite:
Haji Julaihi Haji Bujang. (1997). Sumbangan Budaya Etnik Dalam Pembangunan Masyarakat Melayu. The Sarawak Museum Journal, XLVII (68): 241-254 |
References
|