Islam Sebagai Pendorong Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Islam Sebagai Pendorong Pembangunan Masyarakat Melayu Sarawak |
Author :
Haji Jahidin bin Haji Abdul Latif |
Abstract:
Islam datang ke alam Melayu dengan membawa perubahan yang besar yang tidak ada tolak bandingnya. Alam Melayu yang penuh dengan pengaruh khurafat, syirik dan takhayul, tiba-tiba secara mendadak berubah dan bertukar wajah menuju kepada tamadun ilmu. Pusat-pusat ilmu pengetahuan tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Dan tradisi ilmu ini menghubungkan alam Melayu dengan alam luar. Bangsa Melayu telah menganut berbagai agama silih berganti. Tetapi setelah menerima Islam, mereka telah menerima terus Islam dan menolak yang lain. Islamlah yang telah membangun bangsa Melayu dengan penekanan kepada pembangunan insan seutuhnya dan seluhurnya. Insan yang harus dibangunkan supaya seimbang dari segi intelektual, fizikal, mental dan spiritual.
|
DOI: XXXX |
How to cite:
Haji Jahidin bin Haji Abdul Latif. (1997). Islam Sebagai Pendorong Pembangunan Masyarakat Melayu, XLVII (68): 71-75 |
References
|