Sains dan Teknologi Sebagai Asas Pemikiran Masyarakat Melayu Dalam Abad Ke-21.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Sains dan Teknologi Sebagai Asas Pemikiran Masyarakat Melayu Dalam Abad Ke-21. |
Author :
Abang Abdullah Abang Ali |
Abstract:
Kemajuan yang pesat dalam bidang sains dan teknologi pada had ini dan dalam beberapa tahun yang akan datang akan membawa perubahan yang besar kepada cara hidup 5.5 ribu juta umat manusia di muka bumi ini. Kehadiran hasil-hasil teknologi terkini seperti komputer berkeupayaan tinggi, sistem komunikasi laju dan teknologi pembuatan bersepadu akan mewujudkan suasana hidup yang berbeza dari apa yang di alami sekarang. Setiap individu perlu celik komputer dan akan terdedah kepada alat-alat yang dipandukan oleh kecerdikan tiruan (artificial intelligence). Robot-robot akan lebih cerdik dari yang ada sekarang dan bangunan cerdik akan menjadi kebiasaan. Kereta yang boleh memandu diri, sistem pertanian automatik dan teknologi pemprosesan yang lebih cekap adalah hasil-hasil aktiviti penyelidikan dan pembangunan semasa yang akan membawa kesan besar kepada gaya hidup kita di masa-masa yang akan datang.
|
DOI: XXXX |
How to cite:
Abang Abdullah Abang Ali. (1997). Sains dan Teknologi Sebagai Asas Pemikiran Masyarakat Melayu Dalam Abad Ke-21. The Sarawak Museum Journal, XLVII (68): 235-240 |
References
|