Penggemblengan Nilai Budaya Melayu untuk Pengurusan Moden.


 

THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL
VOL XLVII NO. 68 DECEMBER 1997

 
 
Title : 
Penggemblengan Nilai Budaya Melayu untuk Pengurusan Moden.

Author : 
Wajidi Kerni

Abstract:
Dalam zaman yang makin mencabar ahli-ahli akademik dan pengurus sentiasa mencari sistem pengurusan yang paling berkesan dan licin untuk menangani perubahan-perubahan yang ada di dalam persekitaran dunia perniagaan dan juga pertadbiran sektor awam. Berbagai-bagai teori motivasi dan kepimpinan telah diketengahkan untuk menyelesaikan masalah pengurusan masa kini. Gelagat manusia sentiasa dipengaruhi oleh perubahan-perubahan dalam media massa (elektronik dan cetak), kecanggihan teknologi komputer dan alat-alat komunikasi. Oleh itu aspirasi pengurus-pengurus untuk mempunyai sistem pengurusan yang lebih unggul dan cemerlang (excellence) makin meningkat demi untuk menjadi pemimpin/pengurus yang boleh dicontohi oleh rakan-rakan sebidang dengannya. Di dalam mencari jalan penyelesaian untuk memantapkan pengurusan moden ramai pengkaji-pengkaji barat dan timur telah memperakui bahawa nilai budaya kerja sesuatu organisasi yang akan menentukan kejayaan organisasi itu untuk bersaing. Apabila disebutkan berkenaan dengan budaya kerja atau budaya korporat (Corporate Culture) kita akan berbalik kepada perkara-perkara asas (the basics), seperti pepatah Melayu: “Kalau sesat di tengah jalan, baliklah ke pangkal jalan’'. Apa yang dimaksudkan “dipangkal jalan” ialah perkara-perkara asas iaitu budaya masyarakat atau bangsa itu. Budayalah yang akan mencorak cara hidup dan kerja harian sesuatu masyarakat atau bangsa. Jadi salah satu daripada akar umbi yang penting untuk menentukan kejayaan dan kemajuan sesuatu organisasi ialah budaya kerjanya yang mana boleh dipertingkatkan dengan penerapan nilai-nilai yang positif dari bangsa atau masyarakat.

DOI:
XXXX


How to cite:
Wajidi Kerni. (1997). Penggemblengan Nilai Budaya Melayu untuk Pengurusan Moden. The Sarawak Museum Journal, XLVII (68): 77-106

References

 

 

 
 

Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 18 Jun 2025

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement