Masalah Masyarakat Melayu Sarawak dan Pembangunan.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Masalah Masyarakat Melayu Sarawak dan Pembangunan. |
Author :
Awang Hasmadi Awang Mois |
Abstract:
Sebagai rakyat Malaysia kita boleh bersyukur kerana negara kita boleh dikatakan sebagai sebuah negara membangun yang maju. Kerajaan negara kita adalah di antara kerajaan yang kuat berusaha untuk memperbaiki kedudukan dan nasib rakyatnya melalui beberapa rancangan dan dasar pembangunan. Di Sarawak kita ada suatu falsafah yang cuba diperjuangkan oleh pemimpin kita seperti politik untuk pembangunan atau politik pembangunan. Kertas kerja ini tidak bertujuan untuk menilai sama ada pembangunan yang berlaku di Sarawak itu berjaya atau tidak. Sebaliknya kertas ini akan membicarakan beberapa perkara mengenai pembangunan. Khususnya kesan-kesan yang dibawa oleh pembangunan yang menyentuh Melayu Sarawak yang mungkin kita perlu fikirkan bersama. Apa yang terkandung dalam kertas ini adalah sebahagian daripada apa yang terfikir oleh saya setelah membaca, melihat dan merasai sendiri tentang pembangunan. Sebelum meneruskan perbincangan elok kiranya saya jelaskan beberapa konsep yang saya gunakan di sini terutamanya konsep Melayu dan seterusnya konsep pembangunan.
|
DOI: XXXX |
How to cite:
Awang Hasmadi Awang Mois. (1997). Masalah Masyarakat Melayu Sarawak dan Pembangunan1. The Sarawak Museum Journal, XLVII (68): 47-69 |
References
|