Perubahan Struktur dan Fungsi Rumah Melayu di Kuching.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Perubahan Struktur dan Fungsi Rumah Melayu di Kuching. |
Author :
Nurizan Yahaya dan Surena Sabil |
Abstract:
Kajian diskriptif ini bertujuan untuk meneliti perubahan struktur dan fungsi rumah Melayu tradisional dan rumah Melayu moden di Kuching, Sarawak. Objektif khusus kajian ada untuk meneliti perbezaan struktur fizikal, pola penggunaan ruang, pengaruh ke atas pembinaan rumah serta faktor-faktor lain yang berkaitan dengan perumahan. Sampel kajian sebanyak 30 buah rumah dibahagikan kepada dua kategori, iaitu masing-masing 15 orang ketua isi rumah berpendapatan menengah yang menduduki rumah Melayu tradisional dan rumah Melayu moden. Rumah yang berusia kurang daripada 20 tahun dikategorikan sebagai rumah moden dan lebih daripada 20 tahun sebagai rumah tradisional. Pengumpulan data adalah secara pemerhatian dan temu bual dengan ketua isi rumah menggunakan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan terdapat perbezaan struktur di antara rumah Melayu tradisional dan rumah Melayu moden. Pelan lantai rumah tradisional jelas menggambarkan reka bentuk tradisional yang dapat dilihat melalui bumbung dan struktur rumah yang kebanyakannya berbumbung limas. Pelan lantai rumah moden pada kebiasaannya berbentuk segi empat yang raempunyai jumlah keluasan yang sama besar bagi tingkat atas dan bawah. Purata keluasan hampirsama di mana purata keluasan rumah tradisional satu tingkat bertiang adalah 664 meter persegi dan keluasan rumah moden dua tingkat adalah 589 meter persegi. Rumah tradisional kebanyakannya diperbuat daripada kayu manakala rumah moden diperbuat daripada kombinasi kayu dan konkrit. Kajian tidak menunjukkan adanya perbezaan yang jelas dari segi pola penggunaan ruang, namun begitu pelan rumah tradisional lebih terbuka yang mana pelbagai aktiviti boleh dilakukan dalam sesebuah ruang. Fungsi ruang rumah moden lebih khusus bagi menjalankan aktiviti tertentu dalam ruang diperuntukkan untuknya.
|
DOI: XXXX |
How to cite:
Nurizan Yahaya and Surena Sabil (1998). Perubahan Struktur dan Fungsi Rumah Melayu di Kuching. The Sarawak Museum Journal, LIII (74): 51-66 |
References
|