Kajian Status dan Kepuasan Perumahan di Rancangan Perumahan Rakyat Siol Kanan, Kuching, Sarawak.


 

THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL
VOL LIII NO.74 DECEMBER 1998

 
 
Title : 
Kajian Status dan Kepuasan Perumahan di Rancangan Perumahan Rakyat Siol Kanan, Kuching, Sarawak.

Author : 
Nurizan Yahaya and Sharifah Zakiah Tuanku Hj. Fauzi

Abstract:
Kajian ini bertujuan untuk meneliti status dan kepuasan perumahan di kalangan penduduk rumah kos rendah di Siol Kanan, Kuching, Sarawak. la memberi penekanan kepada kepuasan penghuni terhadap struktur fizikal rumah, kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Persekitaran sosial pula dilihat dari segi perhubungan kejiranan dan penglibatan sosial penghuni. Seramai 60 ketua isi rumah terlibat dalam kajian ini dan dipilih dengan menggunakan teknik persampelan rawak bersistematik. Data dikumpul menggunakan teknik temu bual dan pemerhatian berdasarkan borang soal selidik. Hasil kajian menunjukkan tahap kepuasan yang rendah dialami oleh responden untuk aspek struktur fizikal rumah kerana saiz ruang yang kecil dan susunan ruang yang kurang sesuai. Namun begitu, tahap kepuasan yang sederhana dialami oleh responden adalah bagi aspek kemudahan dan perkhidmatan. Bagi aspek kejiranan, tahap kepuasan responden adalah tinggi. Keadaan ini wujud kerana latar belakang iaitu dari segi etnik dan budaya responden adalah sama. Secara keseluruhannya, tahap kepuasan perumahan responden adalah sederhana walaupun terdapat beberapa aspek yang mendapat kepuasan rendah di kalangan penghuni. Kajian selanjutnya memerlukan penelitian yang lebih terperinci terhadap setiap aspek yang dikaji agar boleh menggambarkan tahap kepuasan perumahan dengan lebih jelas. Aspek-aspek ini perlu diberi perhatia semasa membuat perancangan perumahan dalam mewujudkan persekitaran yang harmoni dan sihat kepada penghuninya.

DOI:
XXXX


How to cite:
Nurizan Yahaya and Sharifah Zakiah Tuanku Hj. Fauzi. (1998). Kajian Status dan Kepuasan Perumahan di Rancangan Perumahan Rakyat Siol Kanan, Kuching, Sarawak. The Sarawak Museum Journal, LIII (74): 37-50

References

 

 

 
 

Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 18 Jun 2025

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement