Persepsi Pembantu Rumah Wanita Warga Indonesia Terhadap Majikan di Malaysia.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Persepsi Pembantu Rumah Wanita Warga Indonesia Terhadap Majikan di Malaysia. |
Author :
Siti Haslina Hussin dan Malia Taibi |
Abstract:
Pembantu rumah wanita warga Indonesia mendominasi sektor perkhidmatan domestik di Malaysia. Secara tidak langsung pernyataan ini menjadi indikator kepada kebergantungan keluarga di Malaysia terhadap perkhidmatan pembantu rumah memandangkan kebanyakan suami dan isteri sekarang mempunyai pekerjaan masing-masing. Justeru, tanggungjawab menguruskan rumah dan menjaga anak-anak mahupun orang tua terletak di bahu pembantu rumah asing. Agak sukar untuk menentukan angka pembantu warga Indonesia di Sarawak. Ini diakui sendiri oleh Didik J. Zulhadji, Third Secretary/ Vice Consul dari Konsulat General Republik Indonesia di Kuching semasa ditemubual. Menurut beliau, pihak Konsulat juga tidak mempunyai statistik yang lengkap kerana ada pembantu rumah wanita warga Indonesia yang datang bekerja di bandaraya Kuching secara haram. Kedudukan geografi Sarawak yang bersempadanan dengan Kalimantan Barat memudahkan mereka (pembantu rumah warga Indonesia) untuk menyusup masuk melalui ‘jalan tikus’ untuk mencari pekerjaan di Sarawak.
|
DOI: https://doi.org/10.61507/smj22-2008-1109-03 |
How to cite:
Siti Haslina Hussin dan Malia Taibi. (2008). Persepsi Pembantu Rumah Wanita Warga Indonesia Terhadap Majikan di Malaysia. The Sarawak Museum Journal, LXV (86): 69-88 |
References
|