Aspirasi Sosio-budaya Bangsa Malaysia dari Perspektif Wawasan 2020.
|
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
|
Title :
Aspirasi Sosio-budaya Bangsa Malaysia dari Perspektif Wawasan 2020. |
|
Author :
Rustam A. Sani |
|
Abstract:
Wawasan yang telah dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri tentang masa depan negara ini dalam masa satu generasi, kini telah dikenal umum sebagai 'Wawasan 2020'. Akan tetapi nama tersebut bukanlah nama yang telah diberikan oleh pencetusnya sendiri; malah perkataan 'Wawasan 2020' itu sendiri tidak terdapat di mana-mana dalam teks kertas kerja yang berjudul Malaysia Melangkah ke Hadapan yang telah dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari 1991 itu. Namun demikian, penggunaan julukan 'Wawasan 2020' itu sendiri tidaklah mencacatkan pemikiran yang diutarakan dalam kertas kerja itu. Pada hemat saya, yang lebih memudaratkan adalah sebilangan tafsiran yang mengelirukan dan 'mendangkalkan' pemikiran yang terdapat di dalamnya. Sebahagian daripada tafsiran 'yang menyimpang' ini disebabkan oleh tidak terdapatnya usaha bersungguh-sungguh untuk mengkaji dan merenung pemikiran tersebut, dan sebahagian lagi kerana disengajakan- demi menonjolkan sikap dan pandangan tertentu yang bersifat politik.
|
| DOI: XXXX |
|
How to cite:
Sani, R. A. (1994). Aspirasi Sosio-budaya Bangsa Malaysia dari Perspektif Wawasan 2020. The Sarawak Museum Journal, XLVII (68): 165-180 |
|
References
|
