Bahasa-bahasa Bumiputera di Sarawak.


 

THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL
VOL XLVII NO.68 DECEMBER 1994

 
 
Title : 
Bahasa-bahasa Bumiputera di Sarawak.

Author : 
Asmah Haji Omar

Abstract:
Bahasa-bahasa di Sarawak termasuk dalam satu rantaian bahasa-bahasa yang menganggotai satu rumpun yang sama, iaitu rumpun Austronesia. Rumpun ini sangat besar dan kawasannya tersebar dari kawasan bukit di Taiwan di utara hingga ke New Zealand di Selatan, dan dari Madagaskar di sebelah barat hingga ke kepulauan Easter (Easter Islands) di timur. Tidak dapat dipastikan berapajumlahnyabahasa dalam rumpun Austronesia ini, boleh jadi lebih dari seribu. Tetapi apa yang pasti ialah bahasa-bahasa ini mempunyai sumber yang sama, yakni satu bahasa asal yang menurunkan semua bahasa-bahasa itu. Ahli-ahli linguistik menamakan bahasa asal itu bahasa Austronesia Purba. Perlu disebut di sini bahawa tidak sesiapa pun yarg tahu rupa bentuk bahasa Austronesia Purba. Bahawa bahasa itu wujud satu masa dahulu, antara 2,500 dan 5,000 tahun sebelum zaman kita ini hanya dapat dibuktikan dengan adanya banyak persamaan antara bahasa-bahasa yang merupakan anggota rumpun Austronesia itu. Ahli-ahli linguistik juga telah membuat hipotesis bahawa nenek moyang orang-orang yang menggunakan bahasa Austronesia ini mempunyai tempat asalnya di daratan Asia, kira kira di kawasan Yunan yang kita kenal sekarang ini, iaitu di tenggara negeri China.

DOI:
XXXX


How to cite:
Asmah Haji Omar. (1994). Bahasa-bahasa Bumiputera di Sarawak. The Sarawak Museum Journal, XLVII (68): 145-158

References

 

 

 
 

Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 01 Sep 2026

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement