Refinement of the 2026–2030 Strategic Planning Workshop and the 2026 Balanced Scorecard
Jabatan Muzium Sarawak telah mengadakan Pemurnian Bengkel Perancangan Strategik 2026–2030 dan Balanced Scorecard 2026 pada 8 dan 9 Januari 2026. Sesi ini telah diketuai oleh YBrs. Puan Pengarah dan dihadiri oleh pihak pengurusan jabatan. Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi memastikan hala tuju jabatan kekal relevan, berkesan dan selari dengan keperluan semasa serta aspirasi pembangunan negeri.
Sesi ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan warisan, peningkatan penyampaian perkhidmatan muzium, penglibatan masyarakat, penggunaan pendigitalan dan teknologi, serta pengukuhan keupayaan organisasi dan modal insan. Perbincangan turut melibatkan perancangan jangka panjang dan kaedah pengukuran prestasi bagi meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
Melalui pelaksanaan Balanced Scorecard 2026, jabatan menekankan perancangan yang tersusun dan berfokuskan hasil bagi memastikan pelaksanaan inisiatif yang berkesan serta memberi manfaat kepada masyarakat dan pihak berkepentingan, selari dengan hala tuju Kerajaan ke arah PCDS 2030.