Visit from Supreme Court Judges led by the Chief Justice, YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat to the Borneo Cultures Museum.
16 Feb 2025 - 16 Feb 2025,
BORNEO CULTURES MUSEUM
JABATAN MUZIUM SARAWAK
Ahad, 16 Februari 2025: Borneo Cultures Museum telah menerima kunjungan daripada Hakim-Hakim Mahkamah Atasan yang berada di Kuching sempena Mesyuarat Majlis Hakim-Hakim Kali ke-58. Lawatan ini diketuai oleh Ketua Hakim Negara, YAA Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, yang turut disambut oleh Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Puan Nancy Hj Jolhi. Turut serta dalam lawatan ini adalah YAA Tan Sri Datuk Amar Abang Iskandar bin Abang Hashim, Presiden Mahkamah Rayuan, YAA Dato’ Sri Hasnah binti Dato’ Mohammed Hashim, Hakim Besar Malaya dan YAA Tan Sri Abdul Rahman bin Sebli, Hakim Besar Sabah dan Sarawak. Terima kasih atas kunjungan dan sokongan dalam menghargai sejarah serta budaya Sarawak.