Vegetasi Hutan Gunung Murud, Sarawak.


 

THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL
VOL LV NO.76 DECEMBER 2000

 
 
Title : 
Vegetasi Hutan Gunung Murud, Sarawak.

Author : 
Jumaat H. Adam

Abstract:
Kajian pengaruh altitud terhadap komposisi spesies dan struktur komuniti hutan Gunung Murud, Sarawak pada tiga altitud berbeza iaitu 1100m, 1800m, dan 2400m telah dilakukan. Luas keseluruhan tiga kuadrat persampelan ialah 0.75 hektar. Sebanyak 1540 individu pokok dengan diameter paras dada minima 3 cm telah diperolehi. la mewakili 40 famili, 76 genus dan 116 spesies. Agihan bilangan spesies, genus dan individu pokok antara famili tumbuhan didapati tidak sekata. Famili yang mempunyai bilangan spesies dan genus paling tinggi ialah Lauraceae iaitu 14 spesies dan 10 genus; famili yang mempunyai bilangan individu tertinggi ialah Podocarpaceae dengan 450 pokok (29-2%). Spesies dominan dan kodominan yang menyumbang nilai Iv paling tinggi dan kedua tertinggi pada Kuadrat (K) 1, 2 dan 3 adalah berbeza. Dalam Kl, K2 dan K3 spesies yang dominan dan kodominan ialah Shorea brunnescens dan Agathis borneensis, Vatica dulitensis dan Hopea dryobalanoides, Dacrycarpus imbricatus dan Dacrydium beccarii masing-masing. Nilai kekayaan spesies (R), kesamarataan spesies (E), kepelbagaian spesies (H’), min diameter paras dada (MDBH), min luas basal pokok (MBA) dan min biojisim pokok (MBJ) adalah paling tinggi pada K1 dan dikuti oleh K2 dan nilai paling rendah dalam K3. Analisis regresi menunjukkan wujud korelasi negatif altitud terhadap nilai R, E, H’, MDBH, MBA dan MBJ, dan korelasi positif altitud terhadap kepadatan pokok.

DOI:
XXXX


How to cite:
Jumaat H. Adam. (2000). Vegetasi Hutan Gunung Murud, Sarawak. The Sarawak Museum Journal, LV (76): 259-282

References

 

 

 
 

Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 17 Sep 2025

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement