Perjuangan Wanita dalam Gerakan Anti Penyerahan 1946-1950.


 

THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL
VOL LV NO.76 DECEMBER 2000

 
 
Title : 
Perjuangan Wanita dalam Gerakan Anti Penyerahan 1946-1950.

Author : 
Nordi bin Achie

Abstract:
Pada 1 Julai 1946, Sarawak dengan rasminya diisytiharkan sebagai tanah jajahan kolonial British.1 Akibatnya, muncul fenomena anti penyerahan yang berlaku di seluruh Sarawak. Antaranya ialah di Sibu, Miri, Bintulu, Limbang, Lawas, Simanggang dan Sedan. la tercetus di Kuching dan mencapai klimaks di Sibu.2 Hanya penduduk bumiputera sahaja yang terbabit secara aktif dalam gerakan anti penyerahan. la diperjuangkan melalui Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak, Persatuan Dayak Sarawak, Persatuan Pemuda Melayu, Persatuan Melayu Miri, Perhimpunan Kebajikan Baram, Kesatuan Melayu Muda Matu, Kelab Kesetiaan Dalat, Watasan Ketiga, Watasan Keempat, Sulam Mas Seria, Persatuan Melayu Limbang, Persatuan Melayu Simanggang, Laa Lla Daiman Abada Oya, Angkatan Semangat Anak Sarawak, Barisan Pemuda Sarawak. Ini termasuk Persatuan Wanita Melayu Sarawak dan Kaum Ibu Persatuan Pemuda Melayu.3 Bagi kaum ibu,suara mereka disalurkan melalui Persatuan Wanita Melayu Sarawak dan Kaum Ibu Persatuan Pemuda Melayu. Lazimnya, mereka menyatakan bantahan melalui demonstrasi, perarakan, rapat umum dan pemulauansecara besar-besaran, menghantar memorandum, surat bantahan dan rayuan serta solat hajat. Kuching dan Sibu adalah dua pusat gerakan anti penyerahan. Lebih-lebih lagi di Sibu, gerakan anti penyerahan lebih radikal dan agresif berbanding di tempat lain.4 Di Kuching pula, demonstrasi anti penyerahan diadakan tiga bulan sekali.

DOI:
XXXX


How to cite:
Nordi bin Achie. (2000). Perjuangan Wanita dalam Gerakan Anti Penyerahan 1946-1950. The Sarawak Museum Journal, LV (76): 151-180

References

 

 

 
 

Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 17 Sep 2025

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement