Cabaran Masa Depan Bidang Arkeologi di Malaysia.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Cabaran Masa Depan Bidang Arkeologi di Malaysia. |
Author :
Asyaari Muhamad |
Abstract:
Artikel ini akan memfokuskan kepada bidang arkeologi di Malaysia yang berhadapan dengan cabaran pembangunan negara serta kemajuan teknologi. Bidang arkeologi di Malaysia terbahagi kepada empat bidang utama iaitu Arkeologi Prasejarah, Arkeologi Protosejarah, Arkeologi Sejarah dan Arkeologi Maritime. Bidang yang sebegini luas sudah tentu memberi pandangan yang pro dan kontra kepada negara lebih-lebih lagi pihak pemerintah yang sering menjadikan isu pembangunan, ekonomi serta kemajuan teknologi yang lebih utama jika dibandingkan dengan bidang yang bersifat kemanusiaan ini. Justeru itu, artikel ini akan membincangkan kewajaran serta sejauh manakah bidang arkeologi ini dapat membantu negara dalam melestarikan pembangunan, perekonomian serta mengekalkan profesionalisme bidang ini terhadap khalayak yang mendukungnya. Beberapa contoh tapak arkeologi yang terkenal di Negara seperti tapak arkeologi prasejarah di Lenggong, Lembah Bujang, Melaka dan Kuala Lumpur akan dijadikan contoh untuk dinilai sama ada bidang arkeologi itu relevan dengan kehendak negara. Hakikatnya, bidang arkeologi dapat membantu negara dalam pelbagai aspek misalnya dari aspek kemanusiaan atau jati diri asal-usul sesuatu kaum atau bangsa, aspek sejarah warisan ketamadunan bangsa, aspek pelancongan, aspek perekonomian dan pembangunan kerohanian. Namun demikian, ada sesetengah pihak pula Cuba meminggirkan akan peri pentingnya bidang arkeologi ini terhadap pembangunan negara. Bagi mereka mengapa kita harus melihat atau mengkaji perkara yang sudah lama musnah, basi atau lupus. Sebagai sebuah negara yang sedang menghadapi cabaran globalisasi serta ingin menjadi negara maju pada tahun 2020 negara hams melihat isu-isu yang kontemporari berbanding dengan isu lama dan kuno. Kesemua aspek ini akan dibincangkan dalam artikel ini dan akan dirumuskan satu senario tentang cabaran masa depan bidang arkeologi di Malaysia.
|
DOI: XXXX |
How to cite:
Asyaari Muhamad (2008). Cabaran Masa Depan Bidang Arkeologi di Malaysia. The Sarawak Museum Journal, LXV (86): 191-212 |
References
|