Warisan Seni Wanita di Kawasan Pesisir Pantai Sarawak.


 

THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL
VOL LXV NO.86 DECEMBER 2008

 
 
Title : 
Warisan Seni Wanita di Kawasan Pesisir Pantai Sarawak.

Author : 
Nazlina Shaari dan Norhayati Suleiman

Abstract:
Kesenian kraftangan merupakan identiti utama yang berkait rapat dengan keperluan dan budaya di dalam seseubah masyarakat. Ia merupakan pengabdian budaya material yang diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi yang lain di dalam sesuatu kelompok manusia. Sejarah kewujudan kraf membuktikan seni warisan ini mempunyai falsafah dan kreativiti yang mampu membantu menyelesaikan masalah dihadapi oleh sesebuah masyarakat di dalam kehidupan seharian. la merangkumi aspek biologi, psikologi, sosiologi dan antropologi, sebagai pembentuk budaya dan cara hidup kepada kehidupan berbudaya untuk generasi yang akan datang. Di dalam meneliti budaya dan sifat-sifat bangsa Melayu, krafnya boleh dinilai dalam memberi makna dan lambang kepada bangsa Melayu itu sendiri. Bagi masyarakat kawasan pesisir pantai di Sarawak yang majoritinya terdiri daripada masyarakat Melayu, penampilan budaya dan seni Melayu amatlah ketara melalui kraf mereka. Penghasilan kraf ini adalah kebanyakannya basil kerja tangan kaum wanita Melayu Sarawak yang terdiri dari suri rumah. Keunikan budaya Melayu bukan hanya terletak pada pengisian adat resam tetapi terhadap budaya material sebagai penyokong kepada perkembangan kesenian wanita Melayu terutamanya di dalam seni tekstil dan kostum. Bagi orang Melayu, kelengkapan pakaian memainkan peranan penting sebagai khazanah yang amat berharga dan disanjung tinggi.

DOI:
XXXX


How to cite:
Nazlina Shaari dan Norhayati Suleiman. (2008). Warisan Seni Wanita di Kawasan Pesisir Pantai Sarawak. The Sarawak Museum Journal, LXV (86): 111-120

References

 

 

 
 

Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 21 Oct 2025

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement