Pembangunan Kesusasteraan di Sarawak: Analisa Institusi.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Pembangunan Kesusasteraan di Sarawak: Analisa Institusi. |
Author :
Awang Azman Awang Pawi |
Abstract:
Bidang Kesusasteraan merupakan satu cabang khazanh terpenting dalam kebudayaan dan peradaban. Ketinggian bidang kesusasteraan menunjukkan ketinggian peradaban yang dihasilkan oleh sesebuah bangsa. Perkembangan sesebuah masyarakat akan dapat ditelusi melalui bidang kesusasteraan yang tidak diungkapkan dalam bentuk statistik, realiti atau fakta sejarah semata-mata, sebaliknya kesusasteraan memasukkan unsur kejiwaan dan perasaan (bukan sentimen) yang kental, kehalusan daya tanggapan, dan diungkapkan dalam bentuk kata-kata yang memberikan makna setiap suku kata dan baris-baris kata dan ayat. Kesemua ini memberikan muzik makna dalam melatari inti persoalan kehidupan yang diungkapkan. Aspek inilah yang membantu memperkaya keperibadian, kehalusan peradaban dan menjernihkan pemikiran sesuatu masyarakat. Tidak terlepas sebagai sebahagian daripada perkembangan sebuah peradaban, Sarawak turut memiliki kesusasteraannya yang tersendiri. Sekurang-kurang kesusasteraan ini dapat mengungkapkan suasana masyarakat dalam konteks ataupun dari kaca mata penulis Sarawak yang terdiri daripada tidak kurang 30 etnik kesemuanya. Ini memberikan kelainan berbanding negeri lain di Malaysia. Justeru, pembangunan kesusasteraan di Sarawak wujud dalam bentuk yang tertentu yang mencerminkan suasana Sarawak. Makalah ini Cuba memberikan suasana pembangunan kesusasteraan daripada sejarah awalnya hinggalah kepada sastera mutakhir, dalam konteks sumbangan institusi.
|
DOI: https://doi.org/10.61507/smj22-2008-M23D-04 |
How to cite:
Awang Azman Awang Pawi. (2008). Pembangunan Kesusasteraan di Sarawak: Analisa Institusi. The Sarawak Museum Journal, LXV (86): 87-110 |
References
|