Hubungan komunikasi dan interaksi antara sekolah dengan rumah: Peranan guru dan ibu bapa
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Hubungan Komunikasi dan Interaksi antara Sekolah dengan Rumah: Peranan Guru dan Ibu Bapa. |
Author :
Dolly Paul Carlo |
Abstract:
Komunikasi terbuka dan penglibatan bersama di antara pihak sekolah dengan ibu bapa adalah satu kemestian (Moore, 2005). Ini penting kerana komunikasi yang kurang mengakibatkan kekurangan kerjasama antara mereka (Mayra, 2002). Malahan penglibatan ibu bapa yang kurang dengan sekolah telah menyumbang kepada keciciran seseorang pelajar dari alam persekolahannya (Hale & Canter, 1998). Kesan daripada ini juga mengakibatkan kurangnya semangat dan minat seseorang pelajar untuk bersekolah (Mayra, 2002; Hale & Canter, 1998). Peranan kerjasama guru dan ibu bapa penting untuk membantu menyesuaikan harapan pelajar dengan keadaan persekitaran sekolah (Hale & Canter, 1998). Dalam pada itu, kemesraan antara guru dan pelajar mewujudkan semangat kekitaan dan sekolah adalah milik bersama serta merapatkan hubungan guru, pelajar dan ibu bapa (Dolly, 2006). Oleh kerana ketiadaan hubungan saling mempercayai antara guru dengan pelajar, ini mengakibatkan tiada rundingan antara mereka dalam membuat keputusan untuk berhenti sekolah (Bureau of Consultancy, UKM, 2002).
|
DOI: XXXX |
How to cite:
Dolly Paul Carlo. (2007). Hubungan Komunikasi dan Interaksi antara Sekolah dengan Rumah: Peranan Guru dan Ibu Bapa. The Sarawak Museum Journal, LXIV (85): 105-132 |
References
|