Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak visits Borneo Cultures Museum.
Sabtu, 15 Jun 2024 - Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar serta isteri, Yang Amat Berbahagia Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi telah berkenan melawat Borneo Cultures Museum buat pertama kalinya.
Keberangkatan tiba Tuan Yang Terutama dan Toh Puan disambut oleh Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah serta isteri.
Hadir bersama untuk menyambut ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Yang Berhormat Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Datu Sherrina binti Hussaini, dan Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Puan Nancy Hj Jolhi.