Muzium Budaya Borneo catat kedatangan sejuta pengunjung hari ini

Posted on 22 Apr 2024
Source of News: https://www.tvsarawak.my/
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyampaikan cenderahati kepada Noor Shaziatul Amani, 9, yang merupakan pengunjung yang ke 1,000,000 BCM selepas datang bersama ibu, bapa dan adik perempuannya sekitar jam 10.55 pagi tadi. Foto Zaim Zharfan (TVS)
 
Muzium Budaya Borneo catat kedatangan sejuta pengunjung hari ini

ByAdlina Rahman
 
April 21, 2024 5:20 PM

KUCHING, 21 April: Selepas beroperasi sejak tiga tahun yang lalu mulai Mac 2022, Muzium Budaya Borneo (BCM) menerima pengunjung yang ke 1,000,000 hari ini.
 
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, ia merupakan hari yang bersejarah bagi BCM kerana ia bukan sesuatu yang mudah dicapai.
 
“Kalau dibandingkan dahulu dalam satu tahun, Muzium Sarawak hanya menerima seramai 100,000 pengunjung untuk setahun. Untuk muzium ini kita telah melihat siapa-siapa sahaja datang dari luar. Ia (BCM) telah menjadi lokasi ‘must visit’,” katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyampaikan hadiah kepada pengunjung ke 1,000,000 di sini, hari ini.
 
Abdul Karim turut memberitahu bahawa pihak Jabatan Muzium turut bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Negeri untuk menganjurkan pelbagai program dengan pihak sekolah.
 
“Jabatan Muzium berhubung rapat dengan Jabatan pendidikan. Kita berusaha untuk tarik mjnat supaya mereka dapat menghayati sejarah dan warisan (Sarawak),”ujarnya.
 
Dalam pada itu kanak-kanak berusia sembilan tahun, Noor Shaziatul Amani, merupakan pengunjung yang ke 1,000,000 BCM selepas datang bersama ibu, bapa dan adik perempuannya sekitar jam 10.55 pagi tadi.
 
Menceritakan detik itu, bapa dan ibu kepada Noor Shaziatul, Mohd Shahril Muhirin, 36, dan Noor Azirah Mohd Ali Kenapiah, 34, berkata, ini merupakan kunjungan pertama mereka sekeluarga ke BCM sejak mula beroperasi.
 
“Kami berkunjung ke muzium atas kehendak anak kami. Ini merupakan kali pertama kami berkunjung ke sini. Ketika membeli tiket (masuk) kami berasa hairan mengapa orang ramai bertepuk tangan.
 
“Selepas itu mereka menjelaskan bahawa anak sulung (Noor Shaziatul) kami merupakan pengunjung yang ke 1,000,000,” katanya.
 
Mereka diberikan sebuah tablet dan telefon pintar daripada pihak BCM, Tumbler beserta ‘tote bag’ dari Restoran BCM dan juga T-Shirt BCM daripada kedai cenderamata di BCM sempena pengunjung yang ke 1,000,000.
 
BCM menerima pengunjung dari 152 negara seluruh dunia sejak mula beroperasi dengan mengumpul sebanyak RM5,861,369 dari 2022 hingga 2024.
 
Bagi tahun 2024 sahaja BCM telah menerima seramai 6,093 pengunjung yang mana kebanyakannya dari negara jiran Indonesia (865), Singapura (795), United Kingdom (522) dan Australia (416).-TVS
 


Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 20 Dec 2024

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement