News

 

Galeri Rumah Sri Aman tarikan baharu pelancong ke Simanggang – Abang Johari

Posted on 03 Oct 2023
Source of News: https://tvstv.my/

SRI AMAN, 1 Okt: Galeri Rumah Sri Aman menjadi satu lagi produk pelancongan baharu berkonsep sejarah di Bandar Simanggang yang berkonsepkan sejarah, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, Rumah Sri Aman yang telah diwartakan di bawah Ordinan Warisan Sarawak 2019 pada 21 Mac 2021 akan terus dipelihara sebagai sebuah bangunan bersejarah agar boleh dinikmati dan diwarisi oleh generasi muda Sarawak bagi memastikan mereka mengetahui peristwa penting yang berlaku di rumah tersebut.

“Kita telah mewartakannya di bawah Jabatan Muzium dan sudah tentu ia menjadi produk pelancongan baharu untuk pelancong melawat ke Simanggang.

“Kerajaan Sarawak telah menaik taraf kawasan rumah ini dengan penubuhan Peace Park di belakang rumah ini yang menjadi kawasan hijau untuk aktiviti riadah bagi pelancong yang singgah ke Simanggang,“katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Galeri Rumah Sri Aman pada Ahad.

Yang turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, penubuhan galeri berkenaan menjadi simbol kepada rakyat Sarawak untuk terus mempertahankan keamanan yang dikecapi.

Untuk rekod, penubuhan Galeri Rumah Sri Aman diilhamkan selepas 50 tahun termeterainya Deklarasi Sri Aman pada 21 Oktober 1973 antara Kerajaan Sarawak dan Parti Rakyat Kalimantan Utara (PARAKU) yang menandakan tamatnya pemberontakkan komunis di Sarawak.

Bangunan itu yang dahulunya dikenali sebagai Rumah Simanggang atau Rumah Segi Lapan dibina pada 1920-an ketika era pemerintahan Charles Vyner Brooke yang kemudiannya dijadikan sebagai rumah kediaman residen kerajaan pada ketika itu. – TVS



Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 26 Jul 2024

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement