News

 

Keunikan, nilai sejarah jadikan galeri Rumah Sri Aman produk pelancongan

Posted on 03 Oct 2023
Source of News: https://www.utusanborneo.com.my/

1 Oktober 2023

KUCHING: Keunikan dan mempunyai nilai sejarah tersendiri menjadikan galeri Rumah Sri Aman salah satu produk pelancongan di kawasan Bandar Simanggang.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, rumah itu menjadi saksi kepada peristiwa yang pernah berlaku di kawasan Simanggang pada 1973.

"Rumah Sri Aman mempunyai sejarah tersendiri dalam sejarah Sarawak dan perasmian rumah ini menandakan sempena 50 tahun Perjanjian Damai 1973 yang berlaku di Sri Aman.

"Selepas termeterai perjanjian Sri Aman, pergolakan politik mulai aman dan kerajaan pimpinan ketika itu iaitu Allahyarham Tun Datuk Patinggi Abdul Rahman Yakub sebagai Ketua Menteri dapat menumpukan perhatian kepada pembangunan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Galeri Rumah Sri Aman di bandar Simanggang, hari ini.

Abang Johari berkata, Rumah Sri Aman digazetkan di bawah Sarawak Goverment menerusi tajuk Simanggang Change of Name Order pada 19 Mac 1974.

"Seperti mana yang kita tahu, ia merupakan simbol perpaduan berbilang kaum, agama dan pendirian politik untuk meneruskan usaha membangunkan Sarawak.

"Rumah ini unik disebabkan ia dibina dengan bentuk segi lapan dan nilai sejarahnya yang sentiasa terpahat di bangunan ini.

"Ia sekali gus membawa pewartaan Rumah Sri Aman sebagai rumah bersejarah di bawah Sarawak Herritage Ordinans 2019 pada 21 Mac 2021.
"Rumah ini tidak boleh disentuh, diubah dan sentiasa berupa bentuk asal dan tidak boleh diroboh," katanya.

Ini kerana, rumah ini perlu dipelihara sebagai bangunan bersejarah yang perlu ditatapi dan diwarisi generasi muda agar golongan itu tahu fungsi rumah tersebut.

"Oleh sebab itu, kita telah mewartakannya di bawah Jabatan Muzium sekali gus menjadi tarikan untuk orang melawat Simanggang," katanya.

Dalam pada itu, Rumah Sri Aman berhampiran dengan Taman Aman, Simanggang dapat menjadikan kawasan itu sebagai tempat beriadah.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah dan tetamu jemputan yang lain.

Oleh : Hamkar Sarbinee


Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 26 Jul 2024

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
image Polls
image Announcement