picture

News

 

Museum of The Moon Exhibition

Posted on 23 Jun 2023
Source of News: -
Pameran Museum of The Moon telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato Sri Haji Abdul Rahman Karim Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan merangkap Menteri Belia dan Sukan Sarawak, yang mewakili Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Turut hadir adalah Timbalan Menteri Pelancongan, Yang Berhormat Datuk Sebastian Ting Chiew Yew dan Timbalan Menteri Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Yang Berhormat Datuk Snowdan Lawan. Majlis dihadiri kira-kira 300 orang yang terdiri daripada Konsulat Jeneral Republik Indonesia di Sarawak, Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri, NGO, pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan juga sekolah.

Angkasawan Pertama Negara, Dato’ Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha juga telah dijemput untuk menyampaikan ceramah motivasi beliau yang bertajuk ‘Journey To Space’. Selain memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat bulan dengan lebih dekat, objektif penganjuran pameran ini juga bertujuan memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi dan pelajar sekolah tentang bulan. Pelbagai aktiviti dan program telah dirangka sepanjang tempoh pameran ini berlangsung.

Penganjuran pameran ini merupakan yang julung kali diadakan di Malaysia dan berlangsung bermula dari 17 Jun sehingga 5 Ogos 2023.


Copyright © 2021 Sarawak Museum Department
Last Updated On 25 Apr 2024

Operating Hours (Main Office)

Monday - Thursday
8.00am to 1.00pm & 2.00pm to 5.00pm

Friday
8.00am to 11.45pm & 2.00pm to 5.00pm

Saturday, Sunday, Public Holiday
Counter Closed
picture Polls
picture Announcement