Perubahan Sistem Berumah Panjang Kaum Iban di Jalan Punda, Simunjan, Sarawak.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Perubahan Sistem Berumah Panjang Kaum Iban di Jalan Punda, Simunjan, Sarawak. |
Author :
Melinda Lipeh dan Nurizan Yahaya |
Abstract:
Rumah panjang menyediakan ruang tempat tinggal di bawah satu bumbung merupakan sistem perumahan yang menampilkan keunikan petempatan manusia di kalangan masyarakat tradisional Sarawak (Kelbling, 1983). Tujuan rumah panjang ini direkabentuk sedemikian rupa adalah untuk membolehkan isi rumah berkongsi makanan, merayakan upacara keramaian dan yang paling penting ialah untuk keselamatan ketika zaman pemburuan kepala dan peperangan kaum amat berleluasa ketika itu (Empiang, 1980). Bagi masyarakat Iban, rumah panjang adalah salah satu aspek penting dalam sejarah awal kedatangan kaum ini ke Sarawak pada pertengahan kurun ke enam belas. Sesebuah rumah panjang diketuai oleh seorang ketua yang dikenali Ketua Rumah atau Tuai Rumah. Biasanya sesebuah rumah panjang itu didiami oleh sepuluh ataupun lebih buah keluarga dan setiap keluarga mempunyai bilik masing-masing. Di kalangan penghuni di rumah panjang tersebut mempunyai ikatan tali persaudaraan yang rapat (Joshua, 1988).
|
DOI: XXXX |
How to cite:
Melinda Lipeh dan Nurizan Yahaya. (1999). Perubahan Sistem Berumah Panjang Kaum Iban di Jalan Punda, Simunjan, Sarawak. The Sarawak Museum Journal, LIV (75): 79-91 |
References
|