Bahasa Iban dan Dialek Melayu di Saribas, Sarawak.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Bahasa Iban dan Dialek Melayu di Saribas, Sarawak. |
Author :
Chong Shin |
Abstract:
Sungai Sarawak terletak di Bahagian Kedua (Bahagian Sri Aman), Sarawak; lihat peta 1. Sungai ini berliku-liku, (panjang kira-kira 110 km) dan mengalir dari pedalaman timur Borneo ke Laut China Selatan. Terdapat empat anak sungai yang mengalir ke Sungai Saribas iaitu Sungai Undai, Rimbas, Paku dan Batang Layar. Seperti Batang Lupar dan Sungai Sadong, Sungai Saribas mempunyaimuara yang tirus; sangat berbeza denganmuara Sungai Rejang atau Sungai Baram yang berdelta luas (Jackson, 1976: 12-13). Ringkasnya, Sungai Saribas sangat lebar dan dalam sehingga ke bahagian hulu: malah ikan Lumba-lumba dapat dijumpai jauh dari persisiran (Collins, 2000: 4). Di bahagian hilir Lembah Saribas, bentuk muka buminya adalah berlumpur dan berpaya. Terdapat sebidang kawasan lumpur yang sepanjang beberapa kilometer persegi di muara sungai tersebut. Muara sungai yang cetek dan panjang ini sering mengakibatkan sejenis ombak yang kuat, tinggi dan deras, iaitu [bena’] dan amat berbahaya kepada perahu kecil (Pringle, 1970). Berabad-abad lamanya kawasan Saribas telah terkenal sebagai kawasan lanun yang sering menyerang kapal-kapal di persisiran Borneo disebabkan faktor geografi ini. Pada zaman pemerintahan Rajah Brooke2, Saribas pula dijadikan sebagai benteng oleh penentang pemerintahan Brooke terutamanya orang Iban dan Melayu; lihat Keppel (1846).
|
DOI: XXXX |
How to cite:
Chong Shin. (2006). Bahasa Iban dan Dialek Melayu di Saribas, Sarawak. The Sarawak Museum Journal, LXII (83): 85-106 |
References
|