Sejarah Ringkas Perkembangan Sosio-Ekonomi Bandar Sibu 1900 sehingga 1930.
THE SARAWAK MUSEUM JOURNAL |
Title :
Sejarah Ringkas Perkembangan Sosio-Ekonomi Bandar Sibu 1900 sehingga 1930. |
Author :
Norsiah Fauzan |
Abstract:
Bandar Sibu sebelum 1900 boleh dikatakan belum wujud sebagai sebuah bandar perdagangan yang penting seperti yang boleh kita saksikan pada hari ini. Sebenarnya perkembangan bandar Sibu bermula dengan wujudnya sebuah perkampungan kecil yang didiami oleh kaum Melanau. Tahun 1900 merupakan titik perubahan dalam sejarah bandar Sibu. Sejak tahun itu, sejarah bandar Sibu berkait rapat dengan kedatangan imigransecara besar-besaran kesan daripada dasar ekonomi pemerintahan Brooke yang menggalakkan penghijrahan kemasukan orang-orang Cina secara besar-besaran uncuk menetap di kawasan Rejang termasuk bandar Sibu. Tujuan pemerintah ialah untuk mengeksploitasi ekonomi kawasan delta Rejang yang dijangka akan membawa keuntungan besar. Bagaimanapun, perubahan ini cuba dibuat tanpa mengganggu kebudayaan peribumi. Apakah motifsebenar dasar pengekalan kebudayaan peribumi ini masih boleh dipertikaikan? Tapi saya membuat hipotesis bahawa dasar ini sebenarnya bukanlah untuk kepentingan peribumi tetapi untuk menyekat atau mengelakkan kemajuan sosio-ekonomi rakyat Sarawak agar mereka tidak menentang pemerintahannya atau menggugat kekuasaannya. Secara ringkasnya, kajian saya ini akan saya bahagikan pada tiga bahagian. Bahagian pertama, saya akan memberi gambaran ringkas tentang dasar ekonomi pemerintahan Brooke di antara tahun 1850-1917 (di bawah James Brooke dan Charles Brooke) untuk membawa perubahan ekonomi tanpa mengganggu kebudayaan peribumi. Ini kerana dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pemerintah di sekitar tahun-tahun tersebut mempengaruhi sejarah perkembangan bandar Sibu setelah 1900.
|
DOI: https://doi.org/10.61507/smj22-2008-FDLX-11 |
How to cite:
Norsiah Fauzan. (2008). Sejarah Ringkas Perkembangan Sosio-Ekonomi Bandar Sibu 1900 sehingga 1930. The Sarawak Museum Journal, LXV (86): 269-300 |
References
|