Majlis Penyerahan Topi Kenyah Badeng di Pitt Rivers Museum. Beliau bersama Richard Ovenden, Head of Gardens, Libraries & Museums (GLAM)
Isnin, 4 November 2024: Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Pelancongan mewakili Menteri Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak (MTCP) yang telah hadir ke Majlis Penyerahan Topi Kenyah Badeng di Pitt Rivers Museum. Beliau bersama Richard Ovenden, Head of Gardens, Libraries & Museums (GLAM) telah menyaksikan sesi penyerahan topi tersebut dan sesi menandatangani dokumen penyerahan antara Prof. Dr. Laura Van Broekhoven, Pengarah Pitt Rivers Museum, Encik Hilary Samah Tet, Pengerusi Persatuan Kenyah Badeng Sarawak (KEBANA) dan Puan Nancy Hj Jolhi, Pengarah Jabatan Muzium Sarawak.
Turut hadir pada majlis tersebut Datu Sherrina binti Hussaini, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Datin Dr. Valerie Mashman, Penyelidik di Institut Pengajian Borneo, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Datu Dr Rashidah binti Hj Bolhassan.
Sebagai penghargaan, sesi penukaran cenderamata turut diadakan sempena hari yang bersejarah dan penuh bermakna bagi Jabatan Muzium Sarawak dan Pitt Rivers Museum.