Professor Dato Dr. Jamil bin Haji Hamali, Rektor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak dan rombongannya telah mengadakan satu kunjungan hormat ke Jabatan Muzium Sarawak.
Rombongan ini disambut baik oleh Pengarah Jabatan Muzium Sarawak, Encik Tazudin Mohtar. Kunjungan ini bertujuan bagi membincangkan halatuju untuk membentuk kerjasama kedua-dua pihak.