Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Perutusan PengarahPerutusan Pengarah

 

En Suria-6.jpg

 

 

Salam sejahtera dan salam Ibu Pertiwiku.

Saya ingin mengucapkan selamat melayari laman web rasmi Jabatan Muzium Sarawak kepada semua warga net. Diharapkan laman web ini mampu memenuhi tuntutan semua lapisan generasi yang inginkan maklumat berkaitan dengan Jabatan Muzium Sarawak. Selain itu, ia juga bertindak sebagai platform untuk Jabatan Muzium Sarawak berkongsi pelbagai aktiviti yang akan dan telah dilaksanakan pada tahun ini. Saya mengharapkan laman web ini mampu memupuk semangat cintakan warisan di Sarawak, sekaligus menarik minat semua lapisan masyarakat dari seluruh pelusuk negeri mahupun luar negara untuk mengunjungi semua muzium yang terdapat di negeri ini. Semua warga muzium dan orang ramai sangat teruja menunggu pembukaan Sarawak Muzium Complex pada penghujung 2020. Ia merupakan muzium kedua terbesar di Asia Tenggara.

Akhir sekali, saya mengharapkan semua pengunjung yang melayari laman web ini memperoleh maklumat yang berguna. Saya mengalu-alukan cadangan dan pandangan positif bagi memantapkan lagi kandungan laman web ini untuk manfaat semua pihak.

Terima kasih kerana mengunjungi laman web Muzium Sarawak.



“BERSATU BERUSAHA BERBAKTI”

“AN HONOUR TO SERVE”



SURIA BIN BUJANG

Pemangku Pengarah

Jabatan Muzium Sarawak