Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 15 Dis 2017
Versi 8.0.2c
Jumlah Pelawat
507957
Tiada Pengumuman pada masa ini
<<Disember, 2017>>
SMTWTFS
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31 


Tiada Acara pada masa ini

Muzium TekstilMuzium Tekstil

 

          Muzium Tekstil yang dibuka kepada orang ramai dalam bulan Ogos 2000 akan ditempatkan di Bangunan Pavilion Bandaraya Kuching. Senibina bangunan adalah campuran Renaissance Inggeris dan Penjajah British. Rekabentuknya membujur panjang dan mempunyai tiga tingkat serta beratapkan konkrit rata. Bangunan ini mempunyai dua tangga yang diperbuat daripada kayu yang diukir.

         Ia telah dibina dalam tahun 1907 sebagai Pusat Perubatan dan kemudiannya dijadikan sebagai pejabat Jabatan Pendidikan. Muzium ini dibuka kepada orang ramai pada bulan Ogos 2000.

         Muzium Tekstil ini menyimpan dan mempamerkan tekstil dan busana asli tempatan yang ditenun dan dipakai oleh etnik masyarakat Sarawak. Antaranya ialah Pua Kumbu masyarakat Iban dan Kain Songket Melayu Sarawak.

         Konsep pameran akan menunjukkan proses tekstil itu dihasilkan dari penyediaan benang, bertenun sehingga ianya siap menjadi sehelai kain. Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada pelawat untuk berinteraksi dengan bahan pameran selain dari media 'touch on' yang disediakan.

          Di penghujung pameran mempamerkan pelbagai pakaian masyarakat tempatan.

 

Waktu Melawat

Isnin Hingga Jumaat

9:00 pagi - 4:45 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

10:00 pagi - 4:00 petang

Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja & Hari Malaysia

Tutup

Kemasukan

Percuma

Lokasi

Kuching