Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 28 Mei 2017
Versi 8.0.1
Jumlah Pelawat
146076
 
Muzium Warisan Sri Aman (Kubu Alice)Muzium Warisan Sri Aman (Kubu Alice)

Muzium Warisan Sri Aman (Kubu Alice)

 

Ia merupakan bangunan tertua di Sri Aman yang dibina pada tahun 1864 semasa pemerintahan Rajah Brooke yang kedua, Sir Charles Brooke.Kubu ini diberi nama Alice, iaitu nama isterinya Margaret Alice Lili de Windt.

Selain dijadikan kubu pertahanan, ia juga telah digunakan sebagai rumah pegawai kerajaan,pejabat-pejabat kerajaan,pejabat mahakamah dan balai polis. Ia terletak di atas sebuah bukit kecil dan ini menjadikan ia mat sesuai untuk menguasai kedua tebing sungai.Kubu ini dibinakan dengan menggunakan kayu belian. Ia hanyalah satu-satu kubu yang berbentuk segiempat dengan menara ditiap-tiap sudutnya.Apa yang menarik tentang kubu ini ialah ruang tengahnya yang mempunyai sebuah halaman yang luas, sebuah jambatan yang mana dapat di turun-naikkan atau tangga yang digunakan jika ada serangan musuh dan di sekelilingnya dipagar dengan dawai besi tajam. Kubu yang dibinakan di tempat strategik di Skrang ini adalah untuk mengawalkan serangan kaum Dayak Skrang dan menyerang kapal-kapal dan juga pemotong kepala suku kaum yang lemah iaitu kaum Balau dan dayak Sebuyau di hilir Batang Lupar.

 

Waktu buka

Isnin sehingga Jumaat (9.00 pagi - 4.45 petang)

Sabtu, Ahad dan Cuti Umum (10.00 pagi - 4.00 petang)

Dibuka setiap hari kecuali pada hari pertama cuti umum, Hari jadi T.Y.T.,

Hari Buruh dan Hari Malaysia.


Bayaran kemasukkan

Percuma

Lokasi

Sri Aman


 

 

Tiada Pengumuman pada masa ini


Tiada Acara pada masa ini