Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 19 Ogos 2017
Versi 8.0.2
Jumlah Pelawat
267894
Tiada Pengumuman pada masa ini
<<Ogos, 2017>>
SMTWTFS
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031 


Tiada Acara pada masa ini

SeramikSeramik

 

Seramik

Delta Sungai Sarawak merupakan tapak utama dimana ribuan serpihan seramik telah ditemui dan digali semenjak 1948. Kebanyakannya bertarikh antara kurun ke 11 hinggalah 13 Masihi. Serpihan ini dipercayai berasal dari negara China dan sebahagiannya dari Thailand, Vietnam, Jepun dan Eropah.

Penemuan seramik membuktikan bahawa bahagian persisiran pantai dahulunya merupakan pusat perdagangan yang penting seawal kurun ke 11 Masihi dimana para pedagang dari China, India dan negara-negara jiran mulai tiba di Borneo. Champor, lilin lebah, sarang burung dan barangan eksotik yang lain didagangkan untuk mendapatkan tekstil, manik, seramik dan barangan loyang.

Seramik terawal yang dijumpai dan digali adalah daripada bahagian barat mulut Gua Niah. Seramik-seramik ini berupa tempayan atau bekas yang tidak berukir, botol dan bekas yang berbentuk bundar. Kesemua barangan tembikar ini kasar buatannya, diperbuat menggunakan tangan, keras dan dibakar dengan api sederhana. Menurut kajian oleh Barbarra Harrison, kebanyakan bekas seramik ini ada kaitan dengan upacara pengebumian neolitik iaitu sebagai bekas untuk pembakaran mayat ataupun sebagai cenderamata pengebumian.

Adalah menjadi tradisi lama komuniti Melanau sekiranya seseorang itu meninggal dunia, si mati akan diberikan pakaian dan dibaringkan di ruangan rumah. Satu pinggan biru dan putih diletakkan di bawah kepalanya, sementara pinggan seramik diletakkan di bawah kedua-dua belah tangan dan kakinya. Berhampiran si mati diletakkan objek-objek tembaga dan seutas manik purba diikat pada pergelangan tangan mayat. Beberapa hari kemudian, mayat tersebut dibawa keluar dari rumah dan disimpan di ruang khas untuk jangka masa yang minimum dalam tahun yang sama. Kemudian tulang-tulangnya dikumpulkan ke dalam sebuah tempayan besar. Manakala yang lain seperti pinggan, mangkuk dan manik dikebumikan bersam-sama dengan tempayan tersebut.

Kesemua artifak hasil penggalian merupakan sumber pembelajaran yang amat berguna di Muzium Sarawak. Artifak-artifak tersebut diklasifikasikan kepada 9 kelas utama berdasarkan warna sepuh/glasir dan teksturnya.

Sepanjang kurun yang lepas, berdasarkan hasil penemuan tembikar seramik di kawasan berhampiran Sungai Sarawak, menjadi bukti yang kukuh menunjukkan bahawa penduduk asli Sarawak telah membuat tembikar sendiri untuk kegunaan domestik. Aktiviti ini secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan industri seni pembuatan tembikar.

 

 

  Nama Penjelasan

Tembikar Putih Kebanyakan serpihan-serpihan berwarna putih seakan-akan kelabu-putih kepada hijau-putih dalam kebanyakan kes termasuk Ch'ing-pai, Ying-ch'ing dan "Marco Polo ware".

Tembikar batu yang kasar

Termasuklah serpihan batu yang kasar terdiri dari yang kecil hingga yang besar.


Tembikar Yueh Serpihan-serpihan berwarna hijau lembut kepada biru atau kelabu-hijau yang seakan-akan bekas Yueh seperti yang dijelaskan oleh Gompertz.

Tembikar

hijau-berglasir

Serpihan-serpihan berglasir dengan warna yang terang dan mengandungi plumbum.

Tembikar Siam

Kebanyakan serpihan-serpihan pinggan mangkuk. Sawankhalok celadon bercorak ukiran halus berglasir berasaskan sedikit warna merah-coklat pada tapaknya.


Celadon Serpihan-serpihan seperti warna pekat zaitun kepada biru-hijau yang dikaitkan dengan Dinasti Sung Lung-ch'uan kilns.

Tembikar T'zu

Serpihan-serpihan yang biasanya dipanggil T'zu Chou, bercorak gelap dan/atau dicorakkan dengan tanah liat yang sedikit cair pada asa yang tiada bercorak ataupun berwarna hijau-gelap.


Tembikar biru dan putih

Serpihan-serpihan berglasir berwarna kebiruan lutsinar yang beralun dan mengandungi corak-corak kabur yang halus seakan-akan buih-buih. Manakala asanya berwarna kelabu-keputihan porselin yang lutsinar.