Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 28 Jun 2017
Versi 8.0.2
Jumlah Pelawat
169115
 
ArkeologiArkeologi

 

Arkeologi

Muzium Sarawak merupakan satu-satunya muzium di Sarawak semenjak penubuhannya dalam tahun 1891 sehinggalah tahun 1964. Oleh kerana ketiadaan kakitangan profesional dalam kajian arkeologi, pencarigalian pertama hanya dilakukan dalam tahun 1948. Hasil carigali memberikan pulangan yang besar dan mengkagumkan. Semenjak itu, kerja-kerja carigali intensif telah dijalankan lebih daripada 50 tapak di seluruh Sarawak. Hasil daripada carigali tersebut telah membongkar misteri sejarah, kekayaan seni dan warisan penduduk tempatan negeri Sarawak.

Pelbagai artifak prasejarah telah dijumpai. Bahagian barat Gua Niah adalah kawasan yang sungguh kaya dengan kesan sejarah yang bukan sahaja amat penting kepada sejarah Borneo tetapi juga terhadap tamadun manusia sejagat. Pada kedalaman 90 inci, satu daripada tengkorak manusia tertua di dunia telah dijumpai dan dikelilingi oleh arang yang berusia 40, 000 tahun menurut pakar. Ia merupakan penemuan terawal dan merupakan homo sapiens pertama dijumpai di Selatan Asia. Jauh di bahagian dalam mulut gua tersebut adalah tempat pengebumian Neolitik yang menempatkan 166 tapak pengkebumian.

Pada bahagian lain batu kapur yang berdekatan dengan Gua Niah, lukisan dinding sepanjang 200 kaki juga telah dijumpai. Garisan-garisan pada lukisan tersebut adalah tebal dan menggambarkan sebuah bot panjang dan susunan manusia yang menari. Turut dijumpai di Gua Kain Hitam tersebut adalah bot-bot lama, tembikar Cina dan manik kaca.

Santubong merupakan kawasan arkeologi yang terbesar di Malaysia berbanding dengan Lembah Bujang di Semenanjung Malaysia. Kurator Tom Harrison (1947-1966) yang menyelia kerja-kerja carigali dalam tahun 1949, telah menjumpai beribu-ribu serpihan seramik. Selain daripada seramik China, lebih daripada 40, 000 tan sanga besi telah ditemui dan merupakan penemuan yang begitu menonjol. Adalah dipercayai bahawa tempat ini dahulunya merupakan pusat penting untuk para pedagang dan juga lombong bijih besi di antara kurun ke-11 Masihi sehingga ke kurun ke-13 Masihi.

Pada akhir tahun 1974 satu penemuan penting dimana 79 peralatan batu, manik purba dan barang tembikar diperolehi di kawasan pedalaman Ulu Baleh, Kapit. Ia merupakan kawasan purba terbuka pertama pernah dijumpai di Sarawak dan juga di kepulauan Borneo.

 

Tapak Arkeologi Utama di Sarawak

Batu Malong-along

Ulu Sungai Limbang

Tapak pengkebumian yang mengandungi pinggan mangkuk dari jenis Annamese dan kotak Cina yang mempunyai penutup.

Bongkissam

Lembah Sungai Sarawak

Objek-objek emas dan batu separa berharga terdapat pada dataran (bahan purba dalam upacara agama Buddha). Seramik-seramik yang telah ditemui adalah dari Dinasti T'ang dan Sung.

Bukit Maras

Santubong

Patung purba Gautama Buddha yang dikaitkan dengan kepala dan batu gajah serta kepingan pasu-pasu lembut yang mungkin diperbuat oleh orang tempatan untuk kegunaan domestik atau upacara keagamaan, tetapi barangan yang agak sempurna atau yang pelbagai bentuk mempunyai rekabentuk India.

Bukit Sandong

berdekatan Balai Ringin di Daerah Serian

Seramik-seramik berwarna putih dan biru dari Dinasti Sung serta tembikar-tembikar buatan tempatan.

Gua di Kakus

Ulu Tatau

Tempat perkuburan primer dan sekunder sebelum penemuan barangan yang diperbuat dari logam, kaca dan pinggan mangkuk.

Ensika

Ulu Sebangan

Penemuan seramik Dinasti Sung dan pelbagai tembikar buatan tempatan.

Gun Kira

("Traders Cave")

Dataran batu kecil pada paras laut yang menunjukkan tempat tersebut pernah menjadi tapak perdagangan, juga tempat berlakunya pembunuhan kerana terdapat rangka-rangka manusia yang terbenam berselerakan (ada kepala yang telah dipenggal). Kerja-kerja carigali dijalankan sehingga pada dasar batu kapur (fosil tiram O. gigas)

Gedong

Daerah Simunjan

Berkemungkinan satu tapak perkuburan. Walaupun tiada rangka-rangka manusia ditemui, banyak seramik berukuran 6" dan 24" yang dalam keadaan baik dari Dinasti T'ang dan Sung telah ditemui.

Gua Bungoh

Daerah Bau

Tempayan Cina berwarna biru dan putih serta tembikar-tembikar buatan tempatan. 

Gua Kedadum

Kpg Retoh, Daerah Serian

Berkaitan dengan ukiran pada batu Neolitik.

Gua Langup

Berdekatan Kpg Tai dan Kpg Chupak, Daerah Serian

Berkaitan dengan ukiran pada batu Neolitik.

Gua Sireh

Daerah Bau

Gua ini pernah digunakan sebagai tempat pengkebumian. Terdapat lukisan zaman batu Neolitik pada dinding batu Neolitik. Tembikar yang diperbuat dalam kurun ke-18 dan 19 dan bekas-bekas makanan.
Juragan Tinggi di atas bukit, kira-kira 600 kaki persegi. Terdapat tulang-tulang dari golongan dewasa, bayi dan wanita. Adalah dipercayai masyarakat primitif ini mempunyai peralatan budaya yang ringkas (Punan?) tetapi mungkin pernah wujud hubungan perdagangan dengan masyarakat yang tinggal di Gua Besar. Peninggalan sejarah ini telah dipindah disebabkan kesukaran untuk mengawal daripada kerosakan oleh kerja-kerja mengambil sarang burung.

Kain Hitam

("The Painted Cave")

Di dalam gua batu kapur yang berasingan, terdapat lukisan-lukisan pada kira-kira 200 kaki di dinding gua tersebut dan "death ship" atau keranda berbentuk perahu yang mengandungi tulang-tulang manusia dan manik-manik yang berselerak di lantai gua.
Sekolah Kanowit Seramik-seramik dari abad ke-18 dan 19 yang ditemui di kawasan perkuburan terbuka.

Kelaka

Berdekatan Daerah Kabong

Seramik biru putih dari Dinasti Sung dan tembikar-tembikar buatan tempatan.

Lobang Angin

("Wind Mouth")

Dataran kira-kira 400 kaki persegi di atas lereng gua pernah didiami pada akhir zaman Batu dan zaman-zaman sebelum Paleolitik.

Lubang Kudih

Bekong

Gua kubur yang ada kaitan dengan seramik-seramik Ming dan manik-manik.

Lobang Tulang

("Caves of Bones")

Penemuan pelbagai jenis dan saiz tempayan yang berisi tulang-tulang manusia yang disusun pada lereng dinding gua. Penemuan lain termasuklah barangan yang diperbuat daripada tembaga dan sebagainya yang menunjukkan adanya perhubungan perdagangan dengan Negara China pada tahun 900 hingga 1200 Masihi.

Long Semadoh Terdapat lima tempat perkuburan lama di Long Semadoh. Masing-masing mengandungi seramik-seramik Ming serta tempayan yang mempunyai penutup dari kurun ke 18 dan 19. Terdapat juga empat batu di Daerah Long semadoh, satu di Long Rapuak dan tiga di Long Lapukan. Batu-batu ini dipercayai digunakan untuk menanam barangan berharga.
Samti Pada penjuru gua besar terdapat "death ships" atau keranda berbentuk perahu.
Saratok Terdapat penemuan seramik-seramik dari Dinasti T'ang dan Sung (ada yang masih berkeadaan baik) di permukaan puncak bukit.

Sekaloh

Niah

Kubur lama masyarakat Melanau yang mengandungi barangan tembikar yang menarik dan bekas-bekas makanan.
Sekadang Linggai Penemuan seramik-seramik dari Dinasti Sung dan tembikar-tembikar buatan tempatan.
Song Tempayan pengkebumian sekunder dari seramik Ming dan manik-manik kaca.
Gua-Gua Sorang (Batu Puteh dan Lotong Ringen) yang terletak pada anak bukit berdekatan dengan Tatau, kira-kira 50 batu di Barat Niah. Lukisan-lukisan pada dinding gua (berlainan dengan Gua Kain Hitam dan Gua Sireh) ada kaitan dengan peralatan batu pada zaman Pra-Neolitik.
Sungei Baya Tempayan jenis Ming yang mengandungi ukiran-ukiran naga, tembikar dalam kurun ke-18 dan 19 yang mempunyai penutup, manik-manik serta sebiji bekas tempayan besar Yi Hsing.

Sungei Ja'ong

Lembah Sungai Sarawak

Terdapat ukiran-ukiran pada batu (petroglyphs) yang berkaitan dengan objek-objek emas dan seramik (Dinasti T'ang)

Sungei Putai Baleh Sebanyak 79 beliung zaman Neolitik yang berkaitan dengan objek-objek logam dan pasu tempatan ditemui pada tapak terbuka.

Tanjong Sangidam Hilir

4 batu ke Hilir Gedung di Daerah Serian

Seramik-seramik berwarna putih dan biru dari Dinasti Sung serta tembikar-tembikar buatan tempatan telah ditemui.

Upuising

Niah

Gua ini pernah digunakan tidak lama dahulu sebagai tempat pengkebumian berdasarkan penemuan barangan seperti bekas-bekas yang diperbuat daripada tanah, seramik-seramik, manik-manik kaca, objek-objek logam dan bekas-bekas makanan.

Lubang Kuala

Niah

Penemuan tapak tamadun Zaman Batu yang terpenting di Borneo. Kajian dengan menggunakan Pentarikhan Karbon menunjukkan batu arang berusia kira-kira 1,000 tahun (100"=39,600Bp). Tengkorak berusia pada tahap 96"=39,000 tahun. Penemuan lain adalah seperti ukiran pad batu-batu dan bekas-bekas makanan. Di kawasan pada batu dan pasu-pasu tanah. Dua daripada kubur tersebut mengandungi perkakas yang diperbuat daripada logam.

 

 

 

<<Jun, 2017>>
SMTWTFS
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930 


Tiada Acara pada masa ini