Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 23 Mei 2017
Versi 8.0.1
Jumlah Pelawat
142879
 
Muzium Etnologi (Bangunan Lama)Muzium Etnologi (Bangunan Lama)

 

          Muzium Sarawak (Bangunan Lama) didirikan dalam tahun 1891 dan diperbesarkan seperti bentuk yang sedia ada dalam tahun 1911. Pada asalnya bangunan ini dibina untuk menyimpan dan mempamerkan seni kraftangan masyarakat pribumi tempatan dan koleksi binatang tempatan seperti yang dicadangkan oleh Pakar Alam Semulajadi, Alfred Wallace, yang menjalankan kerja-kerja mengumpul spesimen-spesimen di negeri Sarawak pada masa tersebut.

          Sejak ianya dibina, bangunan ini telah beberapa kali diubahsuai serta diperbaiki. Rekabentuknya yang membujur, 44' x 160', mempunyai dinding dan tiang yang diperbuat daripada batu bata dan beratapkan belian dan konkrit. Ianya dibina mengikut senibina Eropah dengan edifiknya mengikut stail Ratu Anne (Zaman Victoria). Galeri-galeri yang terdapat didalamnya diterangi melalui tingkap yang berbentuk kubah pada bumbung bangunan untuk memberi ruang dinding yang luas. 

          Semasa Zaman pemerintahan Jepun, muzium ini telah diletak di bawah jagaan seorang Pegawai Jepun yang simpati terhadap muzium ini. Disebabkan itu, tidak banyak kerosakan atau kecurian berlaku. Pada masa ini, dengan perancangan yang teliti dan penjagaan yang rapi, bangunan ini telah dijadikan pusat pameran koleksi sejarah alam semulajadi di Sarawak.

          Pada tingkat bawah muzium, tersimpan koleksi alam semulajadi dan spesimen fauna Sarawak, seperti reptilia, mamalia, burung dan lain-lain dipamerkan. Tingkat atas bangunan ini mempamerkan bahan-bahan etnografik seperti model rumah-rumah panjang pelbagai jenis perangkap ikan dan haiwan, kraftangan, model perahu dan lain-lain.

 

Waktu Melawat

Isnin Hingga Jumaat

9:00 pagi - 4:45 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

10:00 pagi - 4:00 petang

Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja & Hari Malaysia

Tutup

Bayaran kemasukan

Percuma

Lokasi

Kuching

 

 

Tiada Pengumuman pada masa ini


Tiada Acara pada masa ini