Topik Popular
Pautan

Kerajaan Sarawak Kerajaan Malaysia
Kemaskini Pada: 31 Mac 2017
Versi 8.0.1
Jumlah Pelawat
106332
 
Muzium Sejarah CinaMuzium Sejarah Cina

 

          Muzium Sejarah Cina telah dirasmikan oleh Menteri Muda Kebudayaan, Belia dan Sukan, YB Alfred Yap Chin Loi pada 23 Oktober 1993. Bangunan ini memiliki ciri-ciri sejarah dan telah dibina dalam tahun 1912. Dari tahun 1912 hingga 1921 bangunan ini telah digunakan sebagai makhamah oleh masyarakat Cina.

          Tujuan ia ditubuhkan adalah sebagai sumber maklumat tentang sejarah pelbagai bangsa Cina yang menakjubkan. Peranan Muzium Sejarah Cina yang paling mencabar ialah mendidik generasi sekarang agar menghargai segala perjuangan dan nilai-nilai murni yang dikembangkan oleh pelopor terdahulu.

          Para pelawat berpeluang mengetahui dengan lebih lanjut tentang asal-usul setiap etnik Cina yang menggunakan berbagai-bagai dialek. Selain itu, mereka dapat mengetahui dengan lebih mendalam akan kemahiran tradisional dan seni kebudayaan serta perkembangan yang telah dicapai sepanjang tempoh itu. Muzium ini terletak di Tebingan Sungai Kuching dan merupakan salah satu tempat tarikan pelancongan.

 

Waktu Melawat

Isnin Hingga Jumaat

9:00 pagi - 4:45 petang

Sabtu, Ahad, Cuti Umum

10:00 pagi - 4:00 petang

Hari Pertama Cuti Umum, Ulang Tahun T.Y.T, Hari Pekerja & Hari Malaysia

Tutup

Kemasukan

Percuma

Lokasi

Kuching

 

Tiada Pengumuman pada masa ini


Tiada Acara pada masa ini